Pemandu lori ditembak, suspek dirempuh kenderaan orang awam

SEORANG lelaki cedera parah dalam kejadian tembakan di Taman Sri Kapar, dekat Klang, pagi tadi.

Bagaimanapun, dua suspek yang menaiki motosikal turut cedera selepas dirempuh orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, sebuah kenderaan pacuan empat yang berada berhampiran lokasi dan menyaksikan kejadian itu kemudian merempuh suspek yang melepaskan tembakan, sehingga menyebabkan mereka cedera.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman memaparkan seorang lelaki terbaring di lokasi kejadian, selain kelihatan anggota polis menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dinyatakan dalam rakaman tersebut.

“Saya mengesahkan kejadian itu berlaku. Siasatan awal mendapati ia berlaku antara jam 9 hingga 9.30 pagi tadi. Saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berhubung kes ini.

“Setakat ini kita masih belum dapat mengesahkan tahap kecederaan suspek kerana siasatan masih dijalankan. Itu situasi semasa dan saya tidak boleh mengulas lanjut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Shah Alam, hari ini.

Shazeli berkata, pasukan forensik dari IPK Selangor bersama pegawai penyiasat masih berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Kita juga belum dapat mengesahkan identiti dan butiran suspek. Selepas siasatan forensik di lokasi selesai, barulah kita dapat mengesahkan identiti, rampasan serta motif kejadian,” katanya.

Related Posts

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

KUANTAN – Seramai 98 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Pahang. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

KANGAR – Seramai 154 calon atau lebih 40 peratus daripada keseluruhan calon STPM 2025 di Perlis berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas, sekali gus membuktikan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas