Lynas dapat pembaharuan lesen 10 tahun

KUALA LUMPUR – Pembaharuan lesen peringkat pengendalian penuh kepada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk tempoh 10 tahun bermula esok, diluluskan kerajaan dengan syarat ketat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, kelulusan diberikan selepas penilaian teknikal, pematuhan perundangan dan pertimbangan kepentingan strategik negara serta komitmen diberikan Lynas.

Lih Kang menegaskan, kelulusan dibuat dengan pendirian jelas, iaitu tiada lagi pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) baharu pada masa hadapan bagi residu Water Leach Purification (WLP) yang melebihi had kawalan di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).

“Selepas tempoh lima tahun pertama, pengeluaran residu radioaktif hendaklah dihentikan sepenuhnya dan residu radioaktif yang dihasilkan dalam tempoh itu hendaklah dineutralkan melalui pengekstrakan torium atau kaedah rawatan diluluskan ke tahap kurang daripada 1 Becquerel (Bq) per gram.

“Ini bermakna, tiada lagi pengumpulan residu radioaktif secara berterusan selepas tempoh lima tahun berkenaan.

“Ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan tiada lagi pertambahan residu radioaktif secara berterusan dalam negara kita,” katanya, lapor Bernama.

Hari ini, media melaporkan, Malaysia memperbaharui lesen operasi Lynas Rare Earths selama 10 tahun lagi bagi membolehkan syarikat perlombongan Australia itu mengimport bahan mentah mengandungi bahan radioaktif semula jadi dan memproses unsur nadir bumi (REE).

Syarikat itu memaklumkan, Jabatan Tenaga Atom Malaysia dijangka mengeluarkan lesen rasmi tidak lama lagi dan ia akan berkuat kuasa mulai 3 Mac 2026.

Mengulas lanjut, Lih Kang memberi jaminan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Tenaga Atom akan terus melaksanakan pemantauan berterusan bagi memastikan komitmen Lynas dalam pengurusan residu WLP dilakukan dengan selamat dan mematuhi Akta 304 serta perundangan subsidiari di bawahnya dengan syarat yang ditetapkan.

Selain itu, MOSTI kekal komited untuk memastikan operasi industri REE di dalam negara dilaksanakan secara selamat, bertanggungjawab dan mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

“Komitmen ini melalui pemantauan berterusan menerusi Sistem Pemantauan Sinaran Alam Sekitar, yang berfungsi memantau dan mengesan sebarang peningkatan bacaan sinaran secara masa nyata.

“Data ini meningkatkan kesiapsiagaan kerajaan dan membolehkan tindakan awal diambil bagi mengurangkan risiko radiologi kepada orang awam dan alam sekitar.

“Ia juga memastikan keselamatan dipantau berdasarkan data tempatan yang sahih, tanpa perlu bergantung kepada sumber luar negara,” katanya.

Beliau memaklumkan, bagi meningkatkan ketelusan, orang awam boleh mengakses data berkenaan melalui laman sesawang rasmi MOSTI dan Jabatan Tenaga Atom melalui pautan yang disediakan, iaitu http://www.mosti.gov.my dan http://erms.atom.gov.my.

Related Posts

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

PUTRAJAYA – Bekalan bahan api Malaysia dijamin mencukupi sehingga akhir tahun ini meskipun paras bekalan global berada pada tahap rendah, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Nurhisham Hussein. Nurhisham yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

GOLONGAN berpendapatan pertengahan (M40) dan kumpulan kurang berkemampuan dijangka menjadi antara fokus utama Belanjawan 2027 yang bakal dibentangkan bulan depan, susulan tekanan kos sara hidup serta cabaran ekonomi yang terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa