Kes tembak Komander AKPS: 10 anggota Geng Pak Su terbabit

ALOR SETAR – Polis setakat ini menahan 10 suspek bagi membantu siasatan kes tembakan yang menyasarkan seorang komander sempadan di Bukit Kayu Hitam, dekat sini pada Rabu lalu.

Tangkapan dikaitkan dengan kumpulan penjenayah Geng Pak Su apabila sebahagian suspek didakwa mengenali ahli kumpulan itu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, ia termasuk penahanan tiga lelaki tempatan oleh Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dengan kerjasama D9 Bukit Aman dalam tiga serbuan susulan, kelmarin.

“Tiga lelaki tempatan yang ditahan berusia antara 44 hingga 58 tahun dan saringan awal air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Polis turut merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama. Semakan lanjut mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, ketiga-tiga suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

The Malaysia Press pada 25 Februari lalu melaporkan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir nyaris terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi.

Kejadian itu berlaku ketika Mohd. Nasaruddin dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh dengan memandu kenderaan utiliti sukan Proton X70.

Beliau bagaimanapun terselamat apabila dua tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua suspek menaiki sebuah motosikal tersasar.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman