
TAWAU – Seorang lelaki cedera selepas kenderaan dipandu terbabas sendiri dan terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Simpang 4 Jalan Bukit TV, di sini, pada Sabtu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 8.07 malam sebelum sepasukan anggota bersama jentera bergegas ke lokasi sejauh 10 kilometer.

“Terdapat seorang mangsa berumur 54 tahun terlibat dilaporkan berjaya dibawa naik ke jalan raya oleh pasukan bomba.
“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba dan seterusnya dihantar ke Hospital menggunakan jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pukul 8.28 malam, ” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.




