Jangan politikkan isu pijak al-Quran hingga cetus sentimen kaum – ABIM

PUTRAJAYA –  Semua pihak perlu bertindak dengan kematangan dan tidak memanipulasi isu memijak al-Quran pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) demi keuntungan politik atau sentimen perkauman.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya tindakan memuat naik gambar memijak al-Quran yang mencetuskan kemarahan serta kegusaran umat Islam di negara ini.

Lebih mendukacitakan, beliau menegaskan, ini kerana insiden tersebut berlaku dalam bulan Ramadan yang dimuliakan sebagai bulan turunnya kalam suci.

“Sebarang bentuk penghinaan terhadap al-Quran pada waktu yang penuh keberkatan ini bukan sahaja mencederakan perasaan umat Islam, tetapi menyentuh sensitiviti terdalam keimanan mereka.

“Al-Quran bagi umat Islam bukan sekadar teks keagamaan, sebaliknya merupakan wahyu Ilahi, sumber hukum, panduan akhlak serta asas peradaban.

“Perbuatan memijak al-Quran adalah tindakan tidak beradab, melampaui batas kebebasan bersuara, serta berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad

Selain itu, Ahmad Fahmi berkata, ABIM berpendirian kebebasan bersuara tidak pernah bermaksud kelonggaran untuk menghina agama kerana dalam masyarakat plural, kebebasan sentiasa disertai tanggungjawab.

“Bagaimanapun, umat Islam diingatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri di luar kerangka undang-undang.

“Ramadan mengajar disiplin diri dan kawalan emosi, langkah mempertahankan maruah agama mesti dilakukan melalui saluran sah, beradab dan berhemah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi berkata, terdapat keperluan kerajaan dan masyarakat MADANI memperkukuh pendidikan literasi agama dan kenegaraan bagi meningkatkan kefahaman terhadap sensitiviti simbol agama sebagai asas membina budaya saling hormat dalam negara majmuk.

“Permohonan maaf individu terbabit tidak seharusnya menggugurkan tanggungjawab mereka daripada sudut undang-undang.

“Malaysia adalah negara hukum. Penghinaan terhadap mana-mana agama, apatah lagi kitab suci, mesti disiasat dan diambil tindakan berdasarkan lunas undang-undang yang adil dan telus,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna Threads didakwa memuat naik gambar memijak al-Quran.

Individu berkenaan yang didakwa merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kemudiannya tampil memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar tersebut.

Penahanan turut dilakukan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh bapanya pada awal pagi Rabu lalu selepas menyedari hantaran berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Suspek direman selama empat hari bermula Rabu dan disambung semula sehingga Selasa depan.

Related Posts

PM tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra bersama ribuan umat Islam yang hadir memeriahkan sambutan Aidiladha. Perdana Menteri tiba di masjid berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat dan keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

PM tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala