Serah siasatan kepada polis isu Exco didakwa pukul isteri

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat kes seorang Exco negeri itu yang ditahan semalam, kerana disyaki memukul isterinya.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, mengaku beliau dihubungi Exco itu yang kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Beliau berkata, Exco terbabit memohon maaf atas dakwaan isu itu dan menyatakan ia adalah masalah rumah tangga antara suami isteri.

“Difahamkan, kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis. Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat (Exco terbabit) memberi kerjasama kepada polis untuk menyiasat laporan itu.

“Terkini, saya dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak sudah menarik balik laporan masing-masing. Setakat ini, itu saja yang saya boleh nyatakan.

“Kalau ada apa-apa perkembangan, kita berharap YB sendiri (Exco itu) akan sentiasa memberi maklum balas kepada kami (kerajaan negeri) atau parti,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan itu, ketika menghadiri Majlis Tahlil dan Buka Puasa anjuran Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang di Masjid Kapitan Keling, di sini, semalam.

Ditanya sama ada Exco terbabit perlu bercuti daripada tugasnya susulan dakwaan tular itu pula, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri memandang berat isu berkenaan tetapi buat masa ini, menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terlebih dahulu.

“Polis pun sudah mendapatkan kenyataan dan sebagainya, jadi pada peringkat ini, kita tunggu mereka memikirkan apa tindakan seterusnya yang terbaik untuk keluarga mereka.

“Kalau kedua-dua suami isteri berkenaan ada apa-apa perancangan dan tindakan seterusnya, kita menghormati proses itu,” katanya.

Terdahulu, tular dakwaan dalam media sosial bahawa seorang Exco Kerajaan Pulau Pinang ditahan polis kerana disyaki memukul isteri di Pantai Jerejak, Ahad lalu.

  • Related Posts

    Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

    SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

    KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

    Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

    UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

    UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

    Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

    Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

    Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

    Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

    Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

    Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

    Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

    Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan