11 lokasi Bazar Ramadan Rahmah seluruh Perak, tawar juadah RM5 ke bawah

IPOH – Sebanyak 11 lokasi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) dikenal pasti di seluruh Perak oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak bagi pelaksanaan program itu tahun ini, melibatkan penyertaan seramai 465 peniaga.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, menerusi inisiatif berkenaan, peniaga menyediakan pilihan Juadah Rahmah pada harga RM5 dan ke bawah sebagai menu tambahan di gerai masing-masing.

Menurut beliau, pelaksanaan BRR adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Program Payung Rahmah MADANI yang bertujuan membantu rakyat menangani kos sara hidup, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

“Jualan Rahmah di BRR ditawarkan pada harga RM5 dan ke bawah sebagai menu tambahan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat menikmati juadah berbuka puasa pada harga berpatutan.

“Selain itu, peniaga yang menyediakan Juadah Rahmah turut berpeluang mendapatkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah yang kini dilaksanakan secara digital bagi mempercepatkan proses kelulusan kepada peniaga berdaftar dengan KPDN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sesi walkabout dan pelancaran BRR, Program Ihsan Food Bank (i-FB) serta Program Patuh di Bazar Ramadan Taman Cempaka, di sini pada Selasa.

Tambahnya, bagi peniaga yang berdaftar dengan KPDN, permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan yang disediakan kementerian.

Dalam pada itu, Kamalludin memaklumkan Program Ihsan Food Bank (i-FB) turut diteruskan tahun ini dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Perak, selain penglibatan mahasiswa serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, program i-FB memberi tumpuan kepada konsep 3S iaitu Santuni Komuniti, Sayangi Alam dan Selamatkan Makanan dengan usaha menyelamatkan lebihan makanan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.

“Tahun lalu, program ini dilaksanakan di 15 bazar seluruh Perak dan berjaya menyelamatkan sebanyak 6,324 kilogram lebihan makanan dengan anggaran nilai RM80,325,” ujarnya.

Related Posts

Jangan nafikan masalah Rohingya, abai nilai kemanusiaan – Marina Ibrahim

JOHOR BAHRU – Isu pelarian Rohingya perlu ditangani secara realistik dan tidak didorong emosi semata-mata kerana masalah itu melibatkan keseimbangan antara keselamatan komuniti tempatan dan nilai kemanusiaan. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM lulus RM250,000 untuk SMK Sipitang

SIPITANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera sebanyak RM250,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sipitang bagi menaik taraf kemudahan sekolah dan memenuhi keperluan pembelajaran. Katanya, peruntukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Albert Tei terima pelawaan debat KP JKOM

Albert Tei terima pelawaan debat KP JKOM

Jangan nafikan masalah Rohingya, abai nilai kemanusiaan – Marina Ibrahim

Jangan nafikan masalah Rohingya, abai nilai kemanusiaan – Marina Ibrahim

PM lulus RM250,000 untuk SMK Sipitang

PM lulus RM250,000 untuk SMK Sipitang

WAK Sibu 2026 satukan komuniti menerusi keharmonian seni, budaya

WAK Sibu 2026 satukan komuniti menerusi keharmonian seni, budaya

Amerika Syarikat benam Paraguay 4-1

Amerika Syarikat benam Paraguay 4-1

Zuckerberg akui Meta silap percaturan, janji tiada lagi pemberhentian besar-besaran tahun ini

Zuckerberg akui Meta silap percaturan, janji tiada lagi pemberhentian besar-besaran tahun ini