Integriti atau pilih kasih: Kes Exco Terengganu dan ujian konsistensi moral politik

PENAHANAN seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan sekadar isu siasatan individu. Ia kini menjadi ujian sebenar kepada konsistensi moral politik yang selama ini sering dilaungkan oleh kepimpinan Pas.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan keputusan mengekalkan Exco tersebut atas prinsip ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’. Dari sudut undang-undang, prinsip ini memang asas sistem keadilan. Namun persoalan yang timbul ialah mengapa prinsip yang sama tidak diberikan nada yang serupa dalam kes melibatkan pihak lain sebelum ini?

Rakyat masih mengingati bagaimana pemimpin Pas dan sekutunya lantang mendesak tindakan tegas terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika kontroversi pemilikan saham dibangkitkan baru-batu ini. Desakan ketika itu bukan sekadar siasatan, malah tekanan moral supaya beliau berundur demi menjaga integriti institusi.

Hari ini, apabila siasatan melibatkan pemimpin sendiri pendekatan yang diambil kelihatan jauh lebih lunak. Tiada desakan penggantungan sementara, tiada seruan menjaga persepsi awam, sebaliknya alasan proses undang-undang dijadikan benteng utama.

Inilah yang menimbulkan persepsi hipokrasi politik.

Integriti tidak boleh bersifat selektif. Jika prinsip akauntabiliti digunakan secara keras terhadap pihak lawan, maka standard yang sama seharusnya terpakai apabila melibatkan rakan sendiri. Politik matang menuntut konsistensi, bukan penyesuaian prinsip mengikut kedudukan kuasa.

Isu yang disiasat pula melibatkan dakwaan salah guna kedudukan berkaitan pengambilan ahli keluarga dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri satu perkara yang secara langsung menyentuh sensitiviti rakyat mengenai peluang pekerjaan dan keadilan sosial. Dalam keadaan ekonomi mencabar, rakyat amat sensitif terhadap sebarang bayangan nepotisme.

Di banyak negara demokrasi maju, pemimpin yang disiasat lazimnya mengambil cuti pentadbiran sementara bagi memastikan proses siasatan berjalan tanpa gangguan persepsi. Langkah sedemikian bukan pengakuan bersalah, tetapi tanda menghormati integriti institusi.

Sebaliknya, keputusan mengekalkan Exco dalam tugas rasmi membuka ruang kepada persoalan lebih besar: adakah standard integriti berubah apabila kuasa berada di tangan sendiri?

Pas selama ini membina kekuatan politik melalui imej moral dan agama. Justeru cabaran sebenar hari ini bukanlah menjawab siasatan SPRM, tetapi menjawab persoalan kepercayaan rakyat sama ada prinsip yang diperjuangkan bersifat universal atau sekadar retorik politik.

Rakyat tidak menilai melalui slogan. Mereka menilai melalui tindakan.

Dan dalam politik moden, konsistensi moral adalah mata wang paling mahal.

  • Related Posts

    Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

    SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

    KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

    Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

    Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

    Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

    Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

    Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

    Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

    Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

    Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

    Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

    JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

    JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI