Rundingan kawal selia gas Sarawak, Petronas masih berjalan – Abang Johari

KUCHING – Rundingan antara kerajaan Sarawak dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) masih berjalan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Petronas masih kekal rakan strategik kerajaan Sarawak.

“Laporan media mengenai rundingan antara Petronas dengan Sarawak menemui jalan buntu sebenarnya kurang tepat,” jelas beliau.

Tambah beliau, kerajaan Sarawak menerusi Petroleum Sarawak Berhad (Petros) diberi kuasa sebagai agregator gas tunggal di Sarawak di bawah Ordinan Pengagihan Gas.

“Sebelum ini, pengagihan kawal selia di kawal oleh Petronas dan kini rundingan antara kedua-dua pihak masih berjalan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucaptama yang bertajuk ‘Memperkasakan Penyelesaian Perubahan Iklim Dalam Dunia Yang Berbeza’ semasa Persidangan Petroleum Asia Pasifik (APPEC) 2024 di Raffles City Convention Centre, Singapura pada Isnin.

Sementara itu, Abang Johari menegaskan kerajaan Sarawak memiliki ekuiti dalam LNG dan tiada apa-apa berlaku dengan LNG.

Sebelum ini, laporan media Singapura, CNA berkata Petronas mungkin mengambil tindakan undang-undang berkaitan tuntutan Sarawak terhadap kawalan minyak dan gas.

Related Posts

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

KUANTAN – Sebanyak 2,485 barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah dengan nilai anggaran RM433,552.78 akan dilupuskan esok selepas selesai proses perundangan. Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

TEMERLOH – Dua pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terlanggar bahagian belakang sebuah kereta sebelum tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko