Unimap lebarkan kerjasama strategik dengan institusi penyelidikan Switzerland

PAUH PUTRA – Universiti Malaysia Perlis (Unimap) terus memperkukuh jaringan antarabangsa dengan meningkatkan kerjasama strategik bersama pusat penyelidikan terkemuka di Switzerland baru-baru ini.

Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, inisiatif ini diyakini bakal memberi impak besar kepada kedua-dua pihak, terutamanya dalam memperkasakan bidang kejuruteraan bioperubatan dan teknologi perubatan yang kini semakin berkembang pesat.

Katanya, Unimap telah menyerahkan dua surat hasrat (LoI) kepada dua institusi penyelidikan kejuruteraan yang berpusat di Switzerland, iaitu Cyberfy Consulting AG dan Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Universiti Basel semasa mengiringi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir di Bern dan Geneva, Switzerland.

“Cyberfy Consulting AG terkenal dengan kepakaran dalam keselamatan siber dan privasi, teknologi awan, khidmat nasihat teknologi serta pengurusan program dan projek.

“Kerjasama ini diharapkan akan membuka ruang kepada pertukaran kepakaran, penyelidikan bersama, serta penerokaan teknologi baharu yang relevan dengan revolusi industri 4.0, khususnya dalam bidang keselamatan siber yang semakin penting dalam landskap teknologi global,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Basel, diterajui oleh Prof. Philippe Cattin yang juga pengasas Pusat Analisis Imej Perubatan di Fakulti Perubatan, Universiti Basel.

Menurut Zaliman, universiti itu memfokuskan kerjasama dalam pembangunan kepintaran buatan dan penyelidikan dalam bidang analisis imej perubatan, terapi berpandukan imej, serta osteotomi berpandukan robotik laser.

“Pertukaran kepakaran antara Unimap dan Universiti Basel dijangka dapat menyumbang kepada penghasilan inovasi baharu dalam bidang perubatan, terutamanya yang melibatkan penggunaan teknologi tinggi dalam analisis imej perubatan dan rawatan berpandukan robotik.

“Lawatan rasmi ini turut mencerminkan komitmen Unimap dalam mengukuhkan jaringan antarabangsa bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memperluaskan peluang penyelidikan dan inovasi melalui kerjasama strategik dengan institusi terkemuka di peringkat global,” ujarnya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar