Sindiket dadah terbesar dekad ini tumpas, RM174 juta rampasan menerusi Op Coleoptera

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa terbesar di Sabah bagi dekad ini menerusi Op Coleoptera, dengan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan harta dianggarkan mencecah RM174 juta.

Operasi bersepadu yang digerakkan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Lembaga Pelabuhan Malaysia itu membawa kepada rampasan enam kontena di Pelabuhan Teluk Sepanggar dan Pelabuhan Klang, selain penahanan lapan suspek berusia antara 23 hingga 45 tahun.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, sindiket berkenaan dipercayai menggunakan laluan laut sebagai modus operandi utama dengan menjadikan premis logistik sebagai tempat penyimpanan sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa merentasi Laut China Selatan.

“Hasil tujuh siri serbuan di Penampang, Inanam, Kota Kinabalu, Pelabuhan Klang dan Lembah Klang, polis merampas 3,043.5 kilogram methamphetamine, 102.5 kilogram (kg) ketamin, 90 kg pil ekstasi, empat kg cecair vape disyaki kokain serta 2.6 kg pil Erimin 5.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah ini dianggarkan berjumlah ratusan jutaan ringgit Malaysia, dan sekiranya bahan-bahan terlarang tersebut berjaya menembusi pasaran, ia berupaya memusnahkan kehidupan kira-kira 16 juta individu.

“Ia sekaligus mengancam keselamatan negara, meruntuhkan kesejahteraan sosial serta mencetuskan kesan jangka panjang yang serius terhadap generasi masa kini dan akan datang,” katanya dalam sidang media ‘Ops Coleoptera’ di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, pada Jumaat.

Selain itu, beliau berkata, empat suspek telah dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang lagi ditahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan dua suspek lain telah diberikan bon jaminan sebagai saksi pendakwaan.

“Tindakan sitaan turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 melibatkan harta bernilai RM1 juta yang merangkumi satu buah kereta jenis Honda City; satu buah kereta jenis Toyota Vios; satu buah kenderaan motolori jenis Hicom; satu buah kenderaan motolori jenis Inokom.

“Selain itu, satu buah motosikal jenis BMW R1300 GS; satu buah motosikal jenis Yamaha NVX; satu utas jam tangan jenama Rolex; Wang tunai berjumlah RM504,850.00, pelbagai jenis barang kemas serta satu Proton X70.

“Untuk makluman, jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan berjumlah RM174 juta,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, rampasan ini jelas membuktikan bahawa jenayah dadah merupakan ancaman besar terhadap kestabilan dan masa depan negara.

Tegasnya, pihaknya tidak akan berkompromi dalam memastikan rangkaian sindiket berbahaya seperti ini ditumpaskan sepenuhnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok