Lembaga Disiplin Bersatu jadi alat buru Hamzah

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Lembaga Disiplin Bersatu telah ‘diperkuda’ oleh pihak tertentu bagi memburu Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Dakwaan itu dibuat susulan laporan media, Hamzah dipanggil menghadiri pertemuan untuk kali kedua dengan lembaga berkenaan pada 12 Februari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipecat berkata, lembaga disiplin parti itu juga didakwa bersikap tidak adil dan pilih kasih dalam menjalankan siasatan demi memuaskan hati pihak tertentu.

Menurut beliau, sekiranya Lembaga Disiplin Bersatu bertindak secara telus, sudah tentu aduan berkaitan salah laku Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dihantarnya pada 29 September tahun lalu turut disiasat.

“Hari ini sudah lebih empat bulan aduan itu dihantar, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin.

“Iyalah… kalau mereka ambil tindakan terhadap Azmin, nanti ‘kekasihnya’ yang berkuasa mutlak itu akan marah pula,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Sehubungan itu, Wan Saiful mempersoalkan tindakan lembaga berkenaan yang didakwanya tidak menyentuh aduan terhadap seorang lagi pemimpin kanan parti walaupun surat rasmi telah dihantar pada 29 September tahun lalu dan diterima sehari selepas itu.

Malah, beliau mendedahkan, bagi menutup kesalahan Azmin, beliau selaku pengadu serta saksi-saksi yang dinamakan dalam surat aduan itu pula telah dipecat selepas dua minggu aduan itu dihantar.

“Itulah Lembaga Disiplin Bersatu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tidak bermaruah. Tidak beramanah.

“Itu baru satu aduan daripada saya sendiri. Belum lagi kita bercakap mengenai aduan-aduan lain yang langsung tidak dipedulikan.

“Tidak ada apa lagi yang boleh diharap daripada Lembaga Disiplin Bersatu,” katanya.
Terdahulu, Lembaga Disiplin Bersatu mengeluarkan satu surat kepada Hamzah untuk memberi keterangan berhubung empat aduan disiplin pada Khamis ini.

Surat itu menyatakan aduan disiplin mendakwa Hamzah terlibat dalam komplot untuk mengganggu dan sabotaj perjalanan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu (PAT) 2025.

Beliau dijangka akan tetap dipecat sama ada hadir atau tidak ke prosiding Lembaga Disiplin parti pada Khamis ini.

Related Posts

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih ramai muka baharu dipertaruh BN pada PRN Johor

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) akan mempertaruhkan lebih ramai muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang sebagai sebahagian usaha menyuntik nafas segar dalam landskap kepimpinan negeri itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai