Kemalangan 4WD ragut nyawa kanak-kanak, lima lagi cedera

KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak perempuan maut dan lima individu lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda  di berhampiran Jalan Signal Hill Park, pada malam Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah Toyota Hilux yang terbabas sendiri ke dalam longkang di tepi jalan.

“Terdapat enam mangsa terlibat iaitu lima mangsa cedera dan satu mangsa meninggal dunia telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

“Mangsa yang cedera telah di hantar ke hospital menggunakan ambulans KKM dan jentera EMRS Bomba untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Isnin.

Tambahnya, mangsa meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada pukul 11.32 malam.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh