SPNB tidak pernah lantik pempengaruh ‘jual’ Rumah Mesra Rakyat

KUANTAN – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tidak pernah melantik mana-mana individu atau agensi sebagai orang tengah bagi permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) diuruskan pihaknya.

Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Mohd Jamil Idris berkata, pihaknya juga menasihati orang ramai yang ingin memohon skim RMR untuk berhubung terus dengan pejabat SPNB negeri atau mendapatkan maklumat melalui laman sesawang syarikat berkenaan.

“Perkara ini memang dalam pengetahuan kami dan saya ingin tegaskan bahawa SPNB tidak pernah melantik agensi atau pihak tertentu untuk menguruskan permohonan RMR.

“Kalau kita tengok di laman sosial seperti TikTok, ada pempengaruh yang mendakwa kononnya mereka diberi ‘mandat’ menjadi pemudah cara bagi memohon RMR, perkara ini tidak betul sama sekali.

“Pihak SPNB juga ada menerima aduan berkaitan kegiatan seumpama ini, jadi saya nak ingatkan, kita tidak ada kaitan dengan iklan dibuat pihak tertentu… terutamanya berkaitan permohonan RMR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci dan Surat Tawaran RMR di Kampung Paya Laman, dekat Temerloh, hari ini.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu.

Seramai lima penerima mendapat kunci RMR pada majlis itu.

Daam perkembangan berkaitan, Mohd Jamil memaklumkan pihak SPNB mengesan satu kes membabitkan permohonan RMR yang dibuat melalui pihak ketiga di sebuah negeri, baru-baru ini.

Namun, katanya, kes itu selesai selepas perbincangan dan campur tangan wakil rakyat kawasan terbabit.

Jelasnya, terdapat banyak pihak menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mempromosikan rumah dijual syarikat pemaju yang tidak ada kaitan dengan SPNB.

“Mereka jual rumah biasa, bukan RMR pun, tapi guna AI… guna latar belakang kononnya ia skim diuruskan SPNB, jadi saya nasihat berhati-hatilah,”

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi