Semua rakyat Pahang ada peluang miliki kediaman sendiri

KUANTAN – Langkah kerajaan Pahang memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi memastikan lebih ramai rakyat negeri ini memiliki kediaman sendiri, wajar dihargai.

Menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), pelbagai skim perumahan mampu milik ditawarkan kepada penduduk yang layak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari memaklumkan, antara skim perumahan paling memberi impak kepada mereka kurang berkemampuan adalah Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang diberikan secara percuma.

“Nilai RRP ini sekitar RM80,000 tapi atas dasar prihatin kerajaan Pahang, ia dibina secara percuma kepada penduduk yang layak daripada kumpulan B40.

“Saya fikir skim sebaik ini tidak pernah lagi ditawarkan oleh kerajaan negeri lain… maknanya, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail mendahului dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya kepada The Malaysia Press.

Difahamkan lebih 1,110 unit RRP sudah siap dibina merangkumi semua daerah di Pahang.

Selain skim RRP, kerajaan negeri melalui LPHP juga menyediakan skim PR1MA Pahang, Rumah Makmur dan Residensi Rakyat Pahang.

“Boleh dikatakan setiap unit melalui skim ini, ditawarkan kepada pembeli dengan harga di bawah nilai sebenar pasaran semasa.

“Sebagai contoh, rumah PR1MA Pahang ditawarkan pada harga RM150,000 seunit, sedangkan nilai rumah itu kalau mengikut harga pasaran semasa boleh mencecah sehingga RM350,000.

“Maknanya, kerajaan Pahang memberi subsidi hampir RM200,000 kepada pembeli PR1MA Pahang,” jelasnya.

Ahmad Irshadi dalam pada itu turut menggesa lebih ramai rakyat di negeri ini memohon pelbagai skim perumahan disediakan kerajaan negeri melalui laman web LPHP.

Katanya, lebih banyak lagi unit PR1MA Pahang dan pelbagai skim perumahan sedang dibina serta dirancang kerajaan negeri.

“Komitmen kerajaan Pahang dalam menyediakan akses kepada lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri adalah jelas dan perkara ini antara yang sering ditekankan Menteri Besar.

“Saya yakin dengan tadbir urus yang cemerlang dan berfokus, semua perancangan ini bukan sekadar di atas kertas, tapi sedang dalam proses untuk dijadikan kenyataan,” tambahnya.

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah