Pesta Angin Timur platform perkukuh identiti budaya, pacu pelancongan Perlis

KANGAR – Pesta Angin Timur Perlis Tahun 2026 disifatkan sebagai platform penting bukan sahaja dalam memartabatkan seni dan warisan negeri, malah berperanan strategik memacu sektor pelancongan serta memperkukuh jati diri Perlis.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, penganjuran pesta berkenaan membuka ruang promosi kepada keunikan budaya, tradisi serta keindahan alam Perlis untuk diketengahkan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Pesta Angin Timur Perlis Tahun 2026 di Dataran Lapang Kangar Jaya, di sini, hari ini.

Menurut baginda, pesta itu turut berfungsi sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi rakyat, khususnya kepada pengusaha kecil dan sederhana, peniaga tempatan, penggiat seni serta usahawan kreatif.

“Penyertaan mereka bukan sahaja memberi nilai tambah kepada penganjuran pesta ini, malah membuka peluang pendapatan, memperluas jaringan perniagaan dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi masyarakat setempat,” titah baginda.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perlis bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta semua agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan penaja yang menjayakan penganjuran pesta tersebut.

Dalam titah sama, baginda berharap agar program kebudayaan seumpama itu terus diperkasakan melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sektor swasta serta komuniti setempat.

Baginda menegaskan, usaha memelihara warisan budaya perlu bergerak seiring dengan pembangunan ekonomi yang mampan supaya kemajuan dicapai tidak menghakis identiti dan nilai tradisi negeri.

Baginda turut menghargai kehadiran pengunjung yang disifatkan sebagai manifestasi sokongan terhadap usaha memartabatkan seni budaya dan merancakkan pelancongan Perlis.

Mengakhiri titah, baginda mendoakan agar Pesta Angin Timur Perlis Tahun 2026 berjalan lancar serta mencapai matlamat yang dihasratkan demi kesejahteraan dan kemakmuran berpanjangan negeri Perlis.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit