Jerman gesa pembukaan lebih banyak lintasan ke Gaza

JERMAN pada Isnin mengalu-alukan pembukaan semula pintu masuk sempadan Rafah dan menggesa pembukaan lebih banyak lintasan ke Gaza bagi membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan serta bekalan keperluan asas disalurkan dengan segera.

Jurucakap Kementerian Luar Jerman berkata, lintasan Rafah kini dibuka semula untuk pergerakan penumpang masuk dan keluar dari Gaza, sekali gus disifatkan sebagai langkah penting ke arah pelaksanaan pelan damai 20 perkara yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

“Pembukaan ini membolehkan pesakit serta individu yang cedera mendapatkan rawatan perubatan di luar Gaza dan memberikan sinar harapan kepada penduduk yang menderita akibat konflik berpanjangan,” katanya, lapor Anadolu.

Beliau turut menegaskan komitmen Kesatuan Eropah (EU) dan Jerman untuk menyokong usaha pembukaan lintasan sempadan lain bagi memastikan penghantaran barangan dan bekalan ke Gaza dapat dilaksanakan secara sistematik.

Lintasan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir dibuka semula secara separa pada Isnin selepas hampir dua tahun ditutup oleh Israel, dengan pelaksanaan syarat keselamatan yang ketat.

Media Israel melaporkan, kira-kira 150 rakyat Palestin dibenarkan keluar dari Gaza manakala 50 individu dibenarkan masuk setiap hari menerusi lintasan berkenaan.

Menurut pegawai kesihatan Gaza, dianggarkan sekitar 22,000 pesakit sedang menunggu pembukaan penuh lintasan itu bagi mendapatkan rawatan perubatan di luar wilayah berkenaan.

Israel menawan lintasan Rafah pada Mei 2024, iaitu hampir sembilan bulan selepas melancarkan serangan ketenteraan ke atas Semenanjung Gaza. Sejak Oktober 2023, konflik berkenaan telah mengorbankan lebih 71,000 nyawa dan mencederakan lebih 171,000 penduduk Palestin.

  • Related Posts

    Empat negara Islam bersatu tuntut kemerdekaan penuh Palestin

    TURKIYE, Mesir, Pakistan dan Arab Saudi menyambut baik memorandum persefahaman (MoU) terbaharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang bertujuan meredakan ketegangan serantau, selain mengulangi sokongan padu mereka terhadap penubuhan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Malaysia, Turkmenistan perkukuh kerjasama tenaga menerusi perjanjian strategik Petronas

    TURKMENISTAN – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim, bersama Presiden Serdar Berdimuhamedov, pada Jumaat menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan, sekali gus memperkukuh hubungan ekonomi dan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Ahli Parlimen jangan ponteng Sidang Dewan Rakyat

    Ahli Parlimen jangan ponteng Sidang Dewan Rakyat

    Penurunan harga diesel bukti kecekapan Kerajaan MADANI, rakyat terus nikmati manfaat

    Penurunan harga diesel bukti kecekapan Kerajaan MADANI, rakyat terus nikmati manfaat

    Anwar terima kunjungan Tarique, kerjasama baharu Malaysia-Bangladesh jadi tumpuan

    Anwar terima kunjungan Tarique, kerjasama baharu Malaysia-Bangladesh jadi tumpuan

    Empat negara Islam bersatu tuntut kemerdekaan penuh Palestin

    • By Siti
    • June 22, 2026
    Empat negara Islam bersatu tuntut kemerdekaan penuh Palestin

    RM30,000 disalur perkasa Pesta Medamit sebagai tarikan pelancongan

    RM30,000 disalur perkasa Pesta Medamit sebagai tarikan pelancongan

    Sepanyol mudah belasah Arab Saudi 4-0

    Sepanyol mudah belasah Arab Saudi 4-0