Di mana kedudukan Mursyidul Am dan Majlis Syura Pas?

PERGOLAKAN politik Perlis hari ini tidak lagi boleh dianggap sekadar isu sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri atau pertukaran Menteri Besar, sebaliknya telah berkembang menjadi krisis dalaman yang mendedahkan perpecahan sebenar dalam Pas.

Krisis ini membuka persoalan besar sama ada pimpinan Pas masih menghormati struktur tertinggi parti atau sudah hanyut dalam politik kuasa yang meminggirkan prinsip perjuangan.

Dalam perlembagaan Pas, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin, bukan figura simbolik, tetapi pemimpin tertinggi Majlis Syura Ulama yang menentukan dasar dan hala tuju ideologi parti.

Majlis Syura Ulama diwujudkan sebagai kompas moral bagi memastikan Pas bergerak atas landasan Islam, bukan terperangkap dalam perebutan kuasa politik.

Namun realiti di Perlis memperlihatkan peranan itu semakin terpinggir apabila keputusan besar parti berlaku tanpa panduan jelas badan tertinggi tersebut.

Dalam kemelut sokongan wakil rakyat, pertukaran kepimpinan negeri dan pemecatan ADUN, hampir tiada peranan Majlis Syura yang kelihatan memandu penyelesaian.

Sebaliknya, krisis dikawal melalui arahan politik eksekutif, tekanan kuasa dan percaturan taktikal dari pusat.

Hashim dan Majlis Syura Ulama seolah olah menjadi pemerhati kepada drama perebutan pengaruh.

Lebih membimbangkan, punca krisis ini datang daripada kegagalan dalaman Pas sendiri mengurus disiplin dan kepimpinan.

Pergolakan bukan datang daripada serangan luar, tetapi lahir daripada perpecahan dalam parti sendiri.

Pendekatan ‘realpolitic’ yang mengatasi prinsip syura mula menyebabkan Pas Perlis terbelah kepada dua aliran pemikiran.

Satu pihak kekal mempertahankan perjuangan berteras prinsip, manakala satu lagi bergerak mengikut logik kuasa politik.

Perpecahan ini semakin ketara apabila kepentingan jangka pendek dilihat mengatasi kesatuan parti.

Hakikatnya Pas Perlis hari ini tidak lagi dipandu roh syura, sebaliknya digerakkan oleh politik kuasa.

Pas kini bukan sahaja kehilangan kestabilan politik, malah kehilangan identiti perjuangan yang menjadi asas penubuhannya.

Related Posts

Kerajaan Persekutuan ‘bocorkan’ Johor, nilailah berdasar fakta bukan persepsi

PERSEPSI menerusi wacana politik sering menjadi senjata paling ampuh apabila suatu dakwaan yang acap kali diangkat berulang kali berupaya membentuk keyakinan umum, walaupun hakikatnya masih memerlukan pengesahan melalui fakta dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bila buku jadi bahan sindiran politik

KENYATAAN bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang menyindir trend memuat naik gambar buku di media sosial mungkin pada zahirnya kelihatan seperti teguran biasa terhadap budaya pencitraan. Namun dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat