Pasangan warga emas didakwa miliki senjata api dan dadah

KLUANG – Sepasang suami isteri warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa kebenaran sah serta dadah.

Koh Yaw, 61, dan isterinya, Ong Kim Chu, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mujib Saroji, lapor Bernama.

Mereka secara bersama-sama didakwa memiliki sepucuk senjata api jenis revolver.38 SPL jenama Taurus Brasil dan 33 butir peluru tanpa kebenaran yang sah serta dadah jenis kanabis dengan anggaran berat kasar 84.54 gram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan 3/2, Taman Sri Kluang pada 12.30 tengah malam 22 Januari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan memiliki dadah, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara minimum lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ramizah Razli manakala pasangan suami isteri itu tidak diwakili peguam.

Hakim Mujib tidak membenarkan jaminan dan menetapkan sebutan semula pada 27 Februari untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Related Posts

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

KUANTAN – Larangan menghina sahabat Nabi SAW adalah jelas seperti dinyatakan dalam hadis sahih. Perbuatan seumpama itu tidak boleh hanya boleh diselesaikan dengan permohonan maaf semata-mata, bahkan tindakan tegas mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

KOTA KINABALU – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah menafikan satu siaran langsung yang menggunakan halaman Facebook ‘PKR Sabah’ sebagai kenyataan rasmi parti di peringkat negeri.‎‎Menurut kenyataan media dikeluarkan Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN