PAT Perlis buka tirai kalendar pelancongan budaya TMM 2026

KANGAR – Pesta Angin Timur (PAT) Perlis 2026 menjadi acara pelancongan kebudayaan pertama yang membuka tirai takwim Tahun Melawat Malaysia 2026, apabila dijadual berlangsung dari 6 hingga 8 Februari depan.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, penganjuran PAT 2026 menjangkakan kehadiran lebih 300,000 pengunjung dengan unjuran hasil jualan melebihi RM5 juta.

Menurutnya, kerajaan negeri Perlis dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan menganjurkan program itu di Dataran Kangar Jaya, Kangar.

“Ia akan melibatkan lebih 50 rakan strategik merangkumi agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan serta mendapat sokongan daripada 31 penaja daripada pelbagai latar belakang industri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi segmen warisan tradisi bendang, orang ramai berpeluang menyertai pelbagai jenis permainan tradisional termasuk aktiviti bendang dan sukan rakyat.

Katanya, elemen warisan turut diketengahkan menerusi pameran gasing, kerbau besi berhias, arca jerami dan pelbagai tarikan tradisional lain.

“Dari sudut pengisian seni dan budaya pula, program ini diisi dengan persembahan tradisional dan moden termasuk simfoni pergendangan melibatkan Gendang Perlis serta gabungan gendang pelbagai kaum.

“Persembahan pentas turut menampilkan tarian Cina, Siam, Terinai, Awang Batil selain persembahan artis jemputan seperti Rahmad Mega dan RealXPDC,” katanya.

Antara kelainan utama PAT 2026 ialah penglibatan belon udara panas termasuk penerbangan bebas dari Chuping di Padang Besar bagi menikmati panorama negeri Perlis.

Beliau turut menjemput orang ramai hadir beramai-ramai bagi merasai sendiri keunikan seni dan budaya tempatan dalam acara bertaraf antarabangsa yang turut menarik penyertaan dari Thailand, Brunei dan Singapura.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka

Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka