Rokok, arak seludup bernilai RM250,000 dirampas

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok putih dan minuman keras tidak bercukai selepas menahan sebuah bot fiber di perairan Kuala Lawas pada 22 Januari lalu.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, rampasan tersebut dilakukan sekitar jam 1.40 pagi semasa pihaknya sedang melaksanakan rondaan rutin menerusi Op PERMAI dan Op TIRIS 3.0.

Menurutnya, bot fiber berwarna biru tanpa nombor pendaftaran itu dikesan dalam keadaan mencurigakan di kedudukan kira-kira 0.6 batu nautika tenggara Kuala Lawas.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut ditinggalkan tanpa kru.

“Hasil penggeledahan menemui sejumlah 100 karton minuman keras pelbagai jenama dan 475 karton rokok putih yang dipercayai cuba diseludup masuk ,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelas beliau, kesemua barang rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM250,000.

“Barang rampasan telah dibawa ke Kompleks Zon Maritim Miri untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana disyaki melakukan kesalahan menyeludup barang larangan tanpa cukai,” ujarnya.

Tambah Mohd Khairol, Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras jenayah maritim demi memelihara keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Related Posts

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

SEREMBAN – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari blok bangunan sebuah sekolah menengah di Sendayan, pada Jumaat. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Ibu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

SHAH ALAM – Seramai 5,000 rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan tahun ini bakal dibantu untuk membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Transisi Kerjaya PLATS dengan peruntukan RM4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos