Pahang salur RM116 juta untuk sekolah agama negeri

KUANTAN – Kerajaan Pahang memperuntukkan lebih RM116 juta bagi pengoperasian sekolah agama negeri tahun ini, selain peruntukan pembangunan dan penyelenggaraan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebelum ini hampir RM75 juta diperuntukkan setiap tahun khusus bagi pengurusan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), sekali gus mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan pendidikan agama kekal kukuh dan mampan.

Menurutnya, peruntukan besar dan konsisten itu bukan sekadar angka, sebaliknya pelaburan jangka panjang demi masa depan anak-anak Pahang.

Kerajaan negeri juga mengambil langkah mengurangkan yuran persekolahan dan yuran asrama SMAN kerana memahami realiti kehidupan rakyat hari ini.

“Kita mahu pendidikan agama terus dapat diakses tanpa membebankan ibu bapa,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SMAN Pahang, di sini, semalam.

Wan Rosdy berkata, pendekatan itu selari gagasan Aspirasi Pahang 1st yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai teras utama dalam setiap dasar dan pembangunan negeri, selain sentiasa mendengar serta memahami denyut nadi masyarakat.

Related Posts

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

KOTA KINABALU – Perkembangan positif keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESS Zone) perlu disampaikan secara lebih berkesan kepada perwakilan diplomatik termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi di Malaysia. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

SHAH ALAM – Kadar jenayah di Selangor terus menunjukkan trend penurunan sepanjang tahun ini hasil kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), masyarakat, agensi kerajaan serta sektor swasta dalam usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu