Rokok, arak seludup bernilai RM250,000 dirampas

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok putih dan minuman keras tidak bercukai selepas menahan sebuah bot fiber di perairan Kuala Lawas pada 22 Januari lalu.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, rampasan tersebut dilakukan sekitar jam 1.40 pagi semasa pihaknya sedang melaksanakan rondaan rutin menerusi Op PERMAI dan Op TIRIS 3.0.

Menurutnya, bot fiber berwarna biru tanpa nombor pendaftaran itu dikesan dalam keadaan mencurigakan di kedudukan kira-kira 0.6 batu nautika tenggara Kuala Lawas.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut ditinggalkan tanpa kru.

“Hasil penggeledahan menemui sejumlah 100 karton minuman keras pelbagai jenama dan 475 karton rokok putih yang dipercayai cuba diseludup masuk ,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelas beliau, kesemua barang rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM250,000.

“Barang rampasan telah dibawa ke Kompleks Zon Maritim Miri untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana disyaki melakukan kesalahan menyeludup barang larangan tanpa cukai,” ujarnya.

Tambah Mohd Khairol, Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras jenayah maritim demi memelihara keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Related Posts

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

SHAH ALAM – Program Jelapang Padi Darul Ehsan (JPDE) mencatat kejayaan memberangsangkan apabila merekodkan purata hasil tuaian sebanyak 7.5 tan metrik sehektar (MT/ha) bagi Musim 2/2025, iaitu kira-kira 70 peratus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan