Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak ke-32 dipanggil semula, lawatan ke sekolah dijangka minggu hadapan

KOTA KINABALU – Mahkamah hari ini memanggil semula saksi ke-32 untuk memberi keterangan hari ini dan lawatan ke sekolah menengah Allahyarham Zara Qairina bersekolah akan dilakukan pada minggu hadapan.

Peguam ibu kepada Zara, Shahlan Jufri, berkata, perkara itu dimaklumkan susulan prosiding hari ini yang melibatkan seorang saksi kanak-kanak yang dipanggil semula untuk memberi keterangan lanjut.

“Saksi berkenaan merupakan saksi kanak-kanak ke-32 yang sebelum ini telah memberi keterangan pada tahun lalu, namun dipanggil semula bagi menjelaskan beberapa perkara berkaitan penerimaan barangan dan satu surat.

“Saksi ini dipanggil semula untuk menjelaskan penerimaan beberapa barangan, termasuk keychain avokado serta beberapa helai kertas yang tertulis privasi,” katanya dalam sidang media di perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, pada Selasa.

Tambah Shahlan, saksi memaklumkan barangan berkenaan diberikan oleh Zara sendiri, namun disampaikan melalui seorang pelajar lain sebagai pihak ketiga.

“Saksi menyatakan barangan itu adalah daripada Zara, tetapi tidak diberikan secara terus, sebaliknya melalui pelajar lain.

“Apabila ditanya mengenai satu surat yang diklasifikasikan sebagai surat peribadi, saksi tidak dapat mengingati dengan jelas siapa yang menyerahkan surat tersebut dan sama ada ia diterima sebelum atau selepas kejadian,” jelasnya.

Tambahnya lagi, saksi turut menjelaskan bahawa semua barangan yang diterima dan diserahkan kepada seorang ustazah.

“Saksi memaklumkan apabila dia bercadang untuk mengambil semula barangan itu, dia dimaklumkan bahawa kesemua barangan tersebut telah diserahkan kepada pihak polis.

“Semua saksi kanak-kanak telah selesai memberikan keterangan dan tiada lagi saksi kanak-kanak yang akan dipanggil semula buat masa ini.

“Prosiding akan bersambung pada Jumaat ini dengan keterangan saksi dewasa iaitu guru.

“Selain itu, Mahkamah juga dijangka mengadakan lawatan ke lokasi kejadian pada minggu hadapan, namun ia tarikh belum ditetapkan oleh mahkamah,” katanya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai