Projek RM60 juta naik taraf jalan Ulu Teru

MARUDI – Penantian penduduk di kawasan Ulu Teru, Tinjar untuk menikmati kemudahan perhubungan yang lebih baik bakal berakhir apabila projek menurap jalan bernilai RM60 juta akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Penguang Manggil berkata, projek infrastruktur tersebut merupakan inisiatif penting bagi meningkatkan akses, keselamatan dan keselesaan penduduk di kawasan pedalaman itu.

Menurutnya, projek sejauh 23.4 kilometer itu membabitkan kerja menaik taraf dan menurap jalan utama Ulu Teru yang sebelum ini hanyalah jalan jenis berbatu (gravel) dan tanah.

“Projek ini bukan sahaja akan meningkatkan kualiti infrastruktur, malah menyokong pembangunan kawasan pedalaman serta kesejahteraan rakyat.

“Ia dijangka memberi manfaat langsung kepada penduduk di 14 buah rumah panjang, sebuah sekolah serta sebuah klinik di kawasan sekitar,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Penguang berkata, jalan tersebut juga bakal berfungsi sebagai laluan alternatif kepada Jalan Kilo 10.

Jelas beliau, kemudahan itu akan melancarkan pergerakan penduduk khususnya dari Sungai Nat dan Sungai Lamah dengan lebih selamat.

Difahamkan, projek berkenaan turut merangkumi pembinaan tujuh buah jambatan dan dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Pelaksanaan projek ini dijangka membawa impak positif terhadap pembangunan sosioekonomi setempat selain memudahkan urusan harian penduduk yang selama ini menantikan penambahbaikan jaringan jalan raya tersebut.

Foto: Facebook Datuk Dr. Penguang Manggil

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai