Projek naik taraf Tadika Pujut siap, murid lebih selesa

MIRI – Projek menaik taraf fasiliti Tadika Pujut yang mengambil masa kira-kira enam bulan kini siap sepenuhnya, sekali gus menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif untuk kanak-kanak.

Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, tinjauan akhir mendapati semua kerja penambahbaikan telah berjaya diselesaikan mengikut jadual dan perancangan ditetapkan.

“Antara kerja naik taraf yang dilaksanakan termasuk membaiki bumbung laluan masuk utama serta pemasangan sistem saluran air bagi melindungi murid daripada hujan dan panas terik ketika hadir atau pulang dari sekolah.

“Selain itu, laluan dari pintu sisi menuju ke kawasan padang yang sebelum ini terbuka kini telah dilengkapi bumbung baharu. Ini membolehkan murid menjalankan aktiviti luar dengan lebih selesa tanpa terdedah kepada cuaca tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai status terkini projek berkenaan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut itu memberitahu, dua unit kipas tambahan turut dipasang bagi memastikan sistem pengudaraan yang lebih baik semasa sesi pembelajaran berlangsung.

Jelasnya, aspek keselamatan menjadi keutamaan apabila pihak kontraktor memastikan kerja pembersihan tapak dan sisa binaan dilakukan dengan teliti sebelum sekolah dibuka.

“Saya turut merakamkan penghargaan kepada pihak pemaju dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menjalankan pemantauan rapi sepanjang pelaksanaan projek ini bagi memastikan ia siap mengikut spesifikasi ditetapkan,” ujarnya.

Foto: Facebook Adam Yii

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik