Bekas PTD nafikan pertuduhan terima hasil aktiviti haram

SHAH ALAM – Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pada Jumaat atas pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM145,000 pada 2024 hingga tahun lalu.

Beliau yang juga bekas Panglima Tentera Darat membuat pengakuan demikian selepas dua pertuduhan dibacakan secara berasingan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu didakwa menerima RM115,000 melalui akaun bank miliknya antara 19 September hingga 28 November 2024.

Kemudian, dia dituduh lagi menerima RM30,000 pada 19 Mei tahun lalu. Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Ampang Point.

Justeru, dia dituduh di bawah Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta yang sama.

Sekiranya disabit kesalahan, Muhammad Hafizuddeain, 58, boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat memohon tertuduh dibenarkan mengguna pakai jaminan sama seperti di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Khamis.

Selain itu, beliau juga memohon kes dipindahkan untuk dibicarakan secara bersekali dengan empat pertuduhan dihadapinya di mahkamah itu.

Peguam yang mewakili Muhammad Hafizuddeain, Aizul Rohan Anuar dalam balasannya memaklumkan tiada halangan terhadap cadangan dikemukakan oleh pendakwaan.

Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin dengan mengguna pakai jaminan RM250,000 dengan dua orang penjamin serta syarat tambahan yang diputuskan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan memindahkan kes ke mahkamah tersebut. 

Related Posts

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud

TANGKAK – Malaysia sekali lagi menunjukkan kepimpinan tegas di pentas antarabangsa apabila menyatakan kesediaan untuk menerajui pelaksanaan Protokol Sumud, satu inisiatif global yang bertujuan menyelaras bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa

CYBERJAYA – Terdapat keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa selain kerangka lebih menyeluruh termasuk akta khusus diwujudkan bagi menangani cabaran sektor berkenaan yang semakin kompleks. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi