Polis Saratok perhebat penguatkuasaan jalan raya, lebih 2,700 saman dikeluarkan sepanjang 2025

SARATOK – Aktiviti penguatkuasaan lalu lintas yang dipergiatkan sepanjang tahun 2025 menyaksikan peningkatan ketara jumlah saman trafik yang dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie memaklumkan, sebanyak 2,746 keping saman telah dikeluarkan sepanjang tahun lalu, meningkat sebanyak 1,526 saman berbanding hanya 1,220 saman pada tahun 2024.

Menurut beliau, peningkatan itu selari dengan pelaksanaan penguatkuasaan secara konsisten melalui 115 operasi trafik yang dijalankan sepanjang tahun 2025.

“Langkah ini bukan bertujuan untuk menghukum pengguna jalan raya semata-mata, sebaliknya bagi meningkatkan tahap pematuhan terhadap undang-undang serta memastikan keselamatan semua pihak terjamin,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, antara operasi yang dilaksanakan termasuk Op Motosikal, Op Pelbagai, Op Perdagangan dan Op Bersepadu Luaran yang memberi tumpuan kepada kesalahan utama seperti memandu tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh serta kegagalan mematuhi peraturan keselamatan.

Tambahnya, statistik peningkatan saman turut menggambarkan masih terdapat pengguna jalan raya yang memandang ringan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya.

“Keadaan ini seharusnya menjadi peringatan kepada semua agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab demi keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mathew menegaskan pihak polis akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan selain memperluaskan kempen kesedaran keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kadar pelanggaran undang-undang pada masa hadapan.

“Keutamaan kami bukan pada jumlah saman, tetapi untuk membentuk budaya pemanduan yang selamat dan berhemah dalam kalangan masyarakat,” tegasnya.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014