SPR siap sedia hadapi hari mengundi PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan persiapan bagi Hari Mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah pada esok, 24 Januari telah selesai dilaksanakan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, seramai 1,106 petugas akan mengendalikan proses pengundian melibatkan 36 pusat mengundi dengan 117 saluran, manakala seramai 48,282 pengundi biasa layak mengundi dalam kedua-dua PRK berkenaan.

“Dua pusat mengundi akan ditutup pada pukul 12 tengah hari iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Inarad dan SK Sri Ganda manakala selebihnya ditutup secara berperingkat sehingga pukul 5.30 petang.

“Pengundi dinasihatkan keluar mengundi lebih awal serta membuat semakan maklumat pengundian melalui aplikasi MySPR Semak.

“Bagi tempoh rasmi berkempen ianya akan tamat pada jam 11.59 malam, malam ini dan semua aktiviti merayu undi termasuk di media sosial perlu dihentikan selepas tempoh tersebut.

“Penandaan dakwat kekal akan dibuat pada jari kelingking tangan kiri pengundi,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Khairul Shahril turut mengingatkan semua pengundi supaya membawa kad pengenalan dan tidak menyerahkannya kepada mana-mana pihak selain petugas pilihan raya.

“Majikan juga diminta memberi tempoh munasabah kepada pekerja yang berdaftar sebagai pemilih untuk menunaikan tanggungjawab mengundi seperti diperuntukkan undang-undang.

“Kami juga ingin mengingatkan kepada semua pengundi berdaftar agar tidak membawa telefon bimbit ke tempat mengundi serta tidak memakai atau membawa bahan bersimbol parti politik semasa di Pusat Mengundi bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar dan teratur,” tegasnya.

Menurutnya lagi, kegagalan pengundi mematuhi atau melanggari peruntukan yang ditetapkan boleh menyebabkan pengundi dilarang dari memasuki Pusat Mengundi oleh petugas pilihan raya.

Oleh yang demikian, beliau berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman awam. Sebarang pelanggaran undang-undang yang berkaitan boleh dikenakan tindakan.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Kurniawan Naim Moktar, calon Parti Warisan, Datuk Saddi Abdul Rahman dan calon bebas, Goldam Hamid, manakala di PRK DUN Lamag, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (Miha) dari BN dan Mazliwati Abdul Malek mewakili Warisan.

PRK diadakan susulan penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, meninggal dunia pada 5 Disember lalu akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi