Pemuda UMNO perlu terus jadi pendesak

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO perlu secara terus menjadi kumpulan pendesak yang positif dalam menjadi semak dan imbang kepada Kerajaan Persekutuan.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia penting bagi membetulkan jika ada yang tersalah langkah yang dilakukan, seperti disarankan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Saya suka apabila Timbalan Presiden menyebut Pemuda terus menjadi pendesak. Jika ada perkara yang tak betul dalam kerajaan, Pemuda yang bersuara. Itu saya gembira atas desakan yang disebut oleh Timbalan Presiden.

“Bukan yang negatif tetapi untuk membetulkan. Jadi itu satu lagi perkara penting dalam ucapan. Dua perkara, pertama, kita kena banyakkan kerusi kemenangan dan kedua Pemuda terus menjadi pendesak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Rabu.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata, mesyuarat Serentak Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memfokuskan usaha ke arah penambahan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Oleh sebab itu, beliau memaklumkan, strategi dan gerak kerja perlu dilakukan secara holistik dan pragmatif.

“Itu perkara pertama untuk kita menambah kerusi mungkin 30 kepada 60 kemenangan. Yang menariknya apa yang berlaku dalam Dewan walaupun UMNO menang 30.

“Tetpi suasana dalam Dewan itu semacam UMNO yang memerintah Malaysia Jadi, ini semangat UMNO yang terus membara di kalangan Pemuda dan Puteri,” katanya.

Related Posts

PRN Negeri Sembilan ruang rakyat nilai ketegasan Anwar pulihkan negara

PORT DICKSON – Rakyat diseru menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai ruang memberi mandat moral kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpendirian tegas dalam isu antarabangsa, usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX