Infrastruktur Batang Baleh, Jalan R1 mudahkan mobiliti penduduk

KAPIT – Projek pembinaan Jambatan RC Batang Baleh dan Jalan R1 menuju ke Rumah Tungku di Nanga Gaat, Katibas kini memasuki fasa akhir apabila proses pemeriksaan Sijil Siap Praktikal (CPC) dilaksanakan bagi menilai kualiti infrastruktur tersebut.

Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, pemeriksaan CPC adalah prosedur kritikal bagi memastikan semua kerja mematuhi spesifikasi teknikal dan piawaian keselamatan yang ditetapkan sebelum projek diserahkan sepenuhnya.

Menurutnya, siapnya infrastruktur itu bakal mengubah landskap perhubungan penduduk pedalaman, sekali gus meningkatkan mobiliti dan mengurangkan beban kos pengangkutan.

“Pembinaan jalan dan jambatan ini bukan sahaja menjamin keselamatan pengguna, malah memperkukuh jaringan perhubungan antara rumah-rumah panjang di kawasan ini,” katanya selepas mengadakan tinjauan kemajuan projek tersebut di Nanga Gaat pada Rabu.

Dalam pada itu, Wilson turut berharap pelaksanaan Fasa 2 Seksyen 2 projek berkenaan dapat disegerakan, termasuk pembinaan jambatan baharu merentasi Batang Baleh dengan sokongan peruntukan kerajaan negeri.

Jelas beliau, fasa seterusnya itu dijangka memberi manfaat langsung kepada penduduk di lebih 16 buah rumah panjang serta merangsang pertumbuhan sosioekonomi setempat.

Mengulas mengenai cabaran pelaksanaan projek seperti kekangan logistik dan bekalan premix akibat lokasi yang jauh, beliau mencadangkan agar kerja berkaitan premix dimasukkan di bawah pelaksanaan Fasa 1 Seksyen 2 bagi menjamin kelancaran dan kualiti jalan.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017