Khairy dijangka hadir Perhimpunan Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dijangka menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda UMNO, pada Khamis.

Turut membuat penampilan adalah Datuk Seri Nazri Aziz, yang memangku jawatan tersebut dari 1994 hingga 1996.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya telah menjemput semua bekas Ketua Pemuda UMNO dalam perhimpunan esok.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau memaklumkan, kehadiran bekas pemimpin utama sayap berkenaan dijangka memberi suntikan semangat kepada para perwakilan.

“Kami telah menjemput semua bekas Ketua Pemuda antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan juga Khairy.

“Mereka mengesahkan untuk menghadiri perhimpunan Pemuda UMNO esok,” katanya ketika ditemui selepas Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Rabu.

Khairy menggalas jawatan ketua sayap dari 2009 hingga 2018, di bawah dua presiden iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Related Posts

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

UMNO digesa agar tidak mengheret institusi Raja dalam perbahasan mengenai rasuah dan integrity, tegas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin. Beliau berkata, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

KANGAR – Seramai 90 ketua cawangan Bersatu Bahagian Kangar bersama sebahagian besar kepimpinan bahagian itu mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Pengunduran itu turut membabitkan Naib Ketua Bersatu Bahagian Kangar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3