Tarikh 31 Ogos dan 16 September perlu dihormati oleh semua – Abang Johari

SIBU – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menekankan semua rakyat Malaysia perlu menghormati tarikh 31 Ogos dan 16 September, serta menggesa agar perbezaan pengertian mengenai tarikh ini tidak dipolemikkan.

Beliau menyeru agar rakyat dari Semenanjung, Sarawak, dan Sabah saling menghormati dan memahami kepentingan tarikh tersebut dalam usaha untuk membina negara yang lebih utuh dan progresif.

“Tarikh 31 Ogos mungkin membawa makna yang berbeza antara rakyat di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah. Namun, perbezaan ini tidak seharusnya menghalang kita dari saling menghormati dan bekerjasama dalam membangun Malaysia”.

Bagi beliau, rakyat Malaysia dengan semangat “Segulai Sejalai,” perlu menghormati tarikh 31 Ogos sebagai hari yang penting untuk rakyat di Semenanjung, dan 16 September yang penting untuk rakyat di Sabah dan Sarawak serta negara secara keseluruhan.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Dalam majlis itu, Abang Johari turut mengakui perubahan besar yang berlaku di Sarawak sepanjang 61 tahun dalam Persekutuan Malaysia, namun beliau juga mengakui masih banyak yang perlu dicapai dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

“Kita harus terus bergerak ke hadapan, dan tidak terikat oleh sentimen yang boleh mengabaikan tanggungjawab kita kepada negara,” katanya.

Beliau turut menegaskan kemajuan yang seimbang antara Semenanjung, Sarawak, dan Sabah adalah penting untuk kekukuhan perpaduan negara.

Beliau juga menekankan pentingnya perkongsian, kolaborasi, dan kerjasama dalam mencapai kejayaan bersama, seperti yang ditunjukkan oleh Sarawak dalam penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 dan sebagai penganjur bersama Sukan SEA pada 2027.

“Sarawak baru-baru ini menjadi tuan rumah SUKMA Ke-21 walaupun ia bukan giliran kami. Ini menunjukkan semangat kerjasama dalam gagasan Kerajaan Perpaduan. Kami juga berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana bersetuju dengan tawaran kami untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA pada 2027 dengan anggaran kos RM350 juta daripada RM 700 juta keseluruhannya,” katanya.

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024 dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Menteri bertanggungjawab Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024, Datuk Sri John Sikie Tayai, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri, Ketua Jabatan dan sekitar 1,500 tetamu yang lain.

Related Posts

PLSB Sungai Kemaman diberi perhatian dalam Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR — Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kemaman, Terengganu, menjadi antara projek yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SK Telok Kalong terima kemudahan bilik pemulihan khas dan kemudahan makmal robotik menerusi Belanjawan 2027

KEMAMAN— Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kalong di Kemaman bakal menerima kemudahan bilik pemulihan khas dan bilik makmal berasaskan teknologi robotik menerusi peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2027.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

FlySiswa naik hingga RM500, Program Dapur Siswa MADANI diperluaskan

FlySiswa naik hingga RM500, Program Dapur Siswa MADANI diperluaskan

Peruntukan OKU dinaikkan kepada RM1.5 bilion, manfaat 300,000 penerima

Peruntukan OKU dinaikkan kepada RM1.5 bilion, manfaat 300,000 penerima

Kerajaan MADANI tekad menyasarkan subsidi

  • By Aden
  • October 9, 2026
Kerajaan MADANI tekad menyasarkan subsidi

Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan

Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan

Bantuan warga emas ditingkatkan kepada RM1.3 bilion

Bantuan warga emas ditingkatkan kepada RM1.3 bilion

Kerajaan sedia tanah strategik bernilai RM1 bilion perkasa ekonomi Bumiputera

Kerajaan sedia tanah strategik bernilai RM1 bilion perkasa ekonomi Bumiputera