Hari Sabah bukti rakyat bersatu, tidak iktiraf tuntutan luar terhadap Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU- Sambutan Hari Sabah menjadi bukti semangat patriotisme rakyat bersatu selain tidak akan mengiktiraf sebarang tuntutan luar ke atas negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kedaulatan Sabah dalam Persekutuan tidak boleh dipersoal kerana rakyat negeri ini telah memilih untuk bersama-sama membentuk Malaysia.

“Hari Sabah, hari yang sangat bersejarah buat kita, ia adalah bukti semangat kebangsaan tinggi rakyat Sabah untuk mendapatkan kebebasan dan kedaulatan Sabah dalam membentuk Malaysia.

“Masa depan Sabah terletak di tangan kita, oleh itu generasi muda perlu menggembleng tenaga, berganding bahu, berusaha sebaik mungkin memastikan negeri ini terus maju dan makmur serta kekal bersatu padu,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Sabah 2024, di Padang Merdeka, pada Sabtu.

Sambutan Hari Sabah disempurnakan Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirudin.

Tegas Hajiji, Kerajaan Negeri juga sentiasa memainkan peranan membawa pembangunan dan kemakmuran bagi rakyat Sabah.

“Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkukuhkan pendidikan, membangunkan infrastruktur yang lebih baik dan memastikan pembangunan yang seimbang di seluruh negeri.

“Kita percaya, hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan, akan memudahkan segala urusan termasuk yang membabitkan Perjanjian MA63, atau perkara lain yang berkaitan dengan pembangunan dan kenegaraan.

“Sabah akan terus memajukan pembangunan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) selari dengan semangat gagasan Malaysia Madani yang mahu negara pesat membangun, berperanan tinggi di peringkat global dan dihormati serta disegani,” katanya.



Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor