Bantuan warga emas ditingkatkan kepada RM1.3 bilion

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempergiat usaha mempersiapkan negara menghadapi status negara tua menerusi penggubalan Rang Undang-Undang Warga Emas, penambahbaikan kos penjagaan serta peningkatan bantuan kepada golongan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi langkah itu, Rang Undang-Undang Warga Emas akan digubal bagi menangani isu pengabaian dan memperkukuh ekosistem penjagaan yang lebih menyeluruh.

“Mulai 1 Januari 2027, kadar cukai perkhidmatan bagi penjagaan warga emas akan diturunkan daripada lapan kepada enam peratus. Pengecualian penuh turut diberikan bagi yuran penjagaan sehingga RM96,000 setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam sektor penjagaan warga emas, lebih RM40 juta disediakan melalui HRD Corp untuk melatih 8,000 individu, sekali gus membuka peluang pekerjaan dalam bidang berkenaan.

Dalam kenyataan sama, kerajaan turut merancang pembangunan dua Pusat Kepakaran Penjagaan Bersepadu (NICE) di Pulau Pinang dan Sarawak yang akan memberi tumpuan kepada latihan, penyelidikan serta penjagaan warga emas.

“Bantuan warga emas bagi tahun hadapan akan ditingkatkan kepada RM1.3 bilion, yang dijangka memberi manfaat kepada hampir 200,000 penerima,” katanya.

Langkah berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh perlindungan sosial, meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan berkualiti serta memastikan kebajikan warga emas terus terpelihara ketika negara bersedia menghadapi perubahan demografi.

Related Posts

RM445 juta diperuntuk untuk pembangunan masyarakat Orang Asli

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM445 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat Orang Asli di negara ini. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FlySiswa naik hingga RM500, Program Dapur Siswa MADANI diperluaskan

KUALA LUMPUR – Bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI 2027 ditingkatkan kepada RM500, ketimbang RM400 yang memanfaat lebih 60,000 penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).  Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Insentif pembelian pukat lama lindungi hidupan marin

Insentif pembelian pukat lama lindungi hidupan marin

RM445 juta diperuntuk untuk pembangunan masyarakat Orang Asli

RM445 juta diperuntuk untuk pembangunan masyarakat Orang Asli

FlySiswa naik hingga RM500, Program Dapur Siswa MADANI diperluaskan

FlySiswa naik hingga RM500, Program Dapur Siswa MADANI diperluaskan

Peruntukan OKU dinaikkan kepada RM1.5 bilion, manfaat 300,000 penerima

Peruntukan OKU dinaikkan kepada RM1.5 bilion, manfaat 300,000 penerima

Kerajaan MADANI tekad menyasarkan subsidi

  • By Aden
  • October 9, 2026
Kerajaan MADANI tekad menyasarkan subsidi

Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan

Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan