Kerajaan sedia tanah strategik bernilai RM1 bilion perkasa ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan terus komited memperkasa ekonomi dan pemilikan Bumiputera di bawah agenda Pembangunan Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), termasuk penyediaan tanah strategik bernilai RM1 bilion sebagai sumbangan baharu kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju menyediakan tanah strategik seluas 50 ekar di sekitar Kuala Lumpur untuk dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengambil kira keperluan perumahan mampu milik serta kepentingan Bumiputera.

“Langkah berkenaan menyusuli pewartaan 50 ekar tanah di Kuala Lumpur sebagai Tanah Rizab Melayu, yang turut menyaksikan Petronas memulakan pembangunan 10 ekar pertama bagi penyediaan perumahan mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan turut menjelaskan bahawa endowmen pertama kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra disediakan pada 1978 berjumlah RM200 juta, manakala tiada endowmen susulan diberikan sejak 1981.

Selain itu, tanah kerajaan hampir 11 ekar di Belfield, Kuala Lumpur akan dibangunkan bagi membina sekurang-kurangnya 2,500 unit Rumah MADANI, dengan 70 peratus daripadanya dikhususkan untuk golongan Bumiputera.

Inisiatif berkenaan mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh pemilikan aset Bumiputera, memperluas akses kepada perumahan mampu milik dan memastikan pembangunan ekonomi yang lebih inklusif.

Related Posts

RM445 juta diperuntuk untuk pembangunan masyarakat Orang Asli

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM445 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat Orang Asli di negara ini. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FlySiswa naik hingga RM500, Program Dapur Siswa MADANI diperluaskan

KUALA LUMPUR – Bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI 2027 ditingkatkan kepada RM500, ketimbang RM400 yang memanfaat lebih 60,000 penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).  Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Insentif pembelian pukat lama lindungi hidupan marin

Insentif pembelian pukat lama lindungi hidupan marin

RM445 juta diperuntuk untuk pembangunan masyarakat Orang Asli

RM445 juta diperuntuk untuk pembangunan masyarakat Orang Asli

FlySiswa naik hingga RM500, Program Dapur Siswa MADANI diperluaskan

FlySiswa naik hingga RM500, Program Dapur Siswa MADANI diperluaskan

Peruntukan OKU dinaikkan kepada RM1.5 bilion, manfaat 300,000 penerima

Peruntukan OKU dinaikkan kepada RM1.5 bilion, manfaat 300,000 penerima

Kerajaan MADANI tekad menyasarkan subsidi

  • By Aden
  • October 9, 2026
Kerajaan MADANI tekad menyasarkan subsidi

Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan

Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan