
KEMAMAN— Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kalong di Kemaman bakal menerima kemudahan bilik pemulihan khas dan bilik makmal berasaskan teknologi robotik menerusi peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2027.
Kemudahan itu dibiayai Sime Darby Berhad, sekali gus mencerminkan peranan syarikat korporat besar dalam menyokong pembangunan pendidikan dan keperluan masyarakat setempat.
Inisiatif berkenaan dijangka memberi akses yang lebih baik kepada murid pemulihan khas dan juga peluang kepada murid untuk mengenali teknologi robotik dan pembelajaran berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam persekitaran sekolah.
Sumbangan itu juga membawa mesej bahawa kemajuan syarikat besar wajar dirasai rakyat, termasuk komuniti di Kemaman. Penglibatan korporat dalam pendidikan dapat membantu menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih dekat dengan keperluan generasi muda.
Peruntukan bagi SK Telok Kalong itu menjadi antara usaha membawa manfaat Belanjawan 2027 terus ke peringkat akar umbi, dengan kerjasama sektor swasta sebagai pemangkin kepada peluang pendidikan yang lebih baik.
Dalam ucapan beliau, Perdana Menteri juga merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pengurusan kementerian,jabatan dan agensi serta badan korporat yang turut menjayakan ikhtiar ini





