Gambar hiasan
PUTRAJAYA – Hanya Kerajaan MADANI punyai tekad menyasarkan subsidi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, ini kerana subsidi merupakan keistimewaan rakyat yang selama ini tiris kepada warga asing dan syarikat besar.
“Hakikatnya, BUDI MADANI ialah kejayaan negara dengan menyasarkan subsidi untuk fiskal dan menurunkan harga untuk rakyat.
“Kesannya, wang subsidi minyak yang selama ini tiris telah disalurkan untuk menggandakan bantuan rakyat,” katanya.
Anwar berkata, sebanyak RM8 bilion pada tahun 2022 kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu RM15 bilion pada tahun ini
“Bayangkan juga, sekiranya kita masih menangguhkaan penyasaran subsidi pada saat kriais tenaga ini.
“Tentu lebih besar daripada RM40 bilion beban kewangan yang perlu ditanggung,” katanya.



