Hospital Limbang terus diperkasa, kebajikan jururawat diberi perhatian

LIMBANG – Hospital Limbang sentiasa dekat di hati masyarakat setempat dan segala jasa serta pengorbanan warga hospital dalam menjaga kesihatan rakyat amat dihargai walau dalam apa jua keadaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, walaupun hospital tersebut masih memiliki beberapa kekurangan yang memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa, namun usaha ke arah memperkasakan fasiliti kesihatan di Limbang sentiasa diperjuangkan.

“Saya sebagai wakil rakyat Limbang sentiasa menyuarakan perkara yang kurang serta keperluan yang perlu ada di Hospital Limbang.

“Namun begitu, kita dapat melihat banyak perubahan positif yang telah dan sedang dirancang, termasuk pembinaan Poliklinik baharu serta Klinik Pekan Medamit yang dijangka dibina dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Makan Malam Jururawat 2025 yang berlangsung di Dewan Kampung Bunga Raya, di sini.

Menurutnya, penambahbaikan tersebut diyakini mampu memberi kemudahan yang lebih baik bukan sahaja kepada masyarakat setempat, malah kepada seluruh warga hospital.

Dalam pada itu, Hasbi turut menyentuh cabaran yang dihadapi pesakit kronik di Limbang yang terpaksa dirujuk ke luar kawasan disebabkan kekurangan kepakaran dan teknologi perubatan.

“Masalah ini telah lama dihadapi oleh masyarakat Limbang. Kedudukan geografi Limbang yang unik, dikepung oleh negara Brunei Darussalam, turut menyukarkan urusan pesakit, terutamanya mereka yang tidak memiliki pasport,” jelasnya.

Beliau berkata, walaupun terdapat subsidi penerbangan serta sumbangan tertentu diberikan, kos lain yang perlu ditanggung pesakit masih tinggi dan membebankan.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha Kerajaan Sarawak dan Persekutuan yang sentiasa berusaha membantu meringankan kesusahan masyarakat Limbang dalam mendapatkan rawatan sewajarnya.

Dalam ucapannya juga, Hasbi turut merakamkan penghargaan kepada warga Hospital Limbang, khususnya mereka yang datang berkhidmat dari luar kawasan.

“Walaupun ada yang menolak penempatan di Limbang kerana faktor jarak dan kedudukan geografi, namun sebenarnya Limbang adalah sebuah daerah yang unik dan tidak membosankan jika dilihat dari sudut yang berbeza,” katanya.

Sebagai tanda sokongan dan keprihatinan, beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Hospital Limbang bagi tujuan kebajikan warga hospital.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang