Albert Tei ditahan SPRM

AHLI perniagaan kontroversi, Datuk Albert Tei ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Peguam Albert, Zaid Malek mendakwa, pegawai SPRM memasuki rumah ahli perniagaan itu di Puchong secara paksa sebelum menahan dan membawanya keluar dalam keadaan bergari.

Bagaimanapun, Malaysiakini memetik peguam Mahajoth Singh yang mewakili Albert sebagai berkata, SPRM menggunakan waran untuk menyerbu rumah anak guamnya.

Tei dan seorang wanita bernama Sofia Rini Buyong dipanggil untuk memberi keterangan pada Isnin bagi membantu siasatan membabitkan Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin, bekas setiausaha politik kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli perniagaan yang menjadi tumpuan skandal perlombongan di Sabah itu, sedang dibicarakan atas dua pertuduhan memberi rasuah.

Dalam satu klip video baru-baru ini, beliau dilihat bercakap dengan seorang wanita didakwa Sofia, yang mendakwa dirinya proksi kepada Shamsul.

Wanita terbabit mendakwa Anwar memberi kuasa kepada Albert untuk merakam perbualannya dengan beberapa ahli politik Sabah, termasuk menteri negeri dan ADUN, berhubung lesen perlombongan mineral di negeri Borneo itu.

Bagaimanapun Sofia tampil menafikan dirinya proksi kepada Shamsul serta menyifatkan dakwaan itu ‘palsu dan tohmahan’.

Awal minggu ini, Albert mendakwa beliau membelanjakan RM629,000 untuk Shamsul, termasuk kerja pengubahsuaian beberapa hartanah dikaitkan dengannya, selain cerut premium dan sut tempahan khas, kononnya atas jaminan beliau boleh mendapatkan kembali dana yang disalurkan kepada ahli politik Sabah.

Beliau juga berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp yang kononnya menunjukkan Shamsul meminta mata wang asing daripadanya sebelum ke luar negara.

Dakwaan Albert muncul tidak lama selepas Shamsul meletak jawatan sebagai setiausaha politik perdana Menteri, dengan Shamsul menyifatkan cubaan menggunakan kontroversi itu untuk mencemarkan reputasinya dan kerajaan.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak