PM tegaskan keselamatan wartawan perlu menjadi keutamaan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keselamatan dan perlindungan wartawan perlu diberi perhatian serius susulan insiden serangan terhadap wartawan sukan kanan, Haresh Deol, di Bangsar baru-baru ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri mengecam tindakan beberapa individu yang mencederakan wartawan berkenaan dan menekankan bahawa serangan seperti itu tidak seharusnya berlaku terhadap mana-mana pengamal media.

“Pada mesyuarat Kabinet hari ini, Perdana Menteri menzahirkan kecaman terhadap tindakan beberapa individu yang menyerang seorang wartawan kanan bernama Haresh Deol.

“Kejadian itu tidak patut berlaku kepada mana-mana wartawan terutama ketika mereka sedang menjalankan tugas,” katanya pada sidang media pasca mingguan di Putrajaya, hari ini.

Pada Selasa lalu, Haresh yang juga Naib Presiden National Press Club dan pengasas organisasi berita Twentytwo13, diserang dua lelaki berpakaian hitam di Bangsar.

Serangan itu kemudiannya menerima kecaman meluas, termasuk daripada Gerakan Media Merdeka (GERAMM), Majlis Media Malaysia (MMC) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, serangan itu mungkin berpunca daripada perselisihan peribadi membabitkan isteri suspek dan penyerang dipercayai tersalah orang. Fadil turut mengesahkan suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan beberapa kesalahan lampau.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan berhubung kes terbabit.

“Saya percaya pihak PDRM ada mengeluarkan kenyataan terbaru mengenai salah seorang yang telah ditahan. Kita serah kepada pihak berkuasa untuk siasatan terbabit,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak