Sarawak terus unggul, kukuhkan kedudukan sebagai pemain ekonomi global – Abang Johari

KUCHING – Sarawak terus mencatat siri kejayaan membanggakan di peringkat nasional dan antarabangsa, dipacu oleh tadbir urus cekap, pengurusan fiskal berdisiplin dan transformasi ekonomi berasaskan teknologi masa depan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, negeri ini kini melangkah lebih jauh sebagai pemain utama dalam ekonomi berteknologi tinggi sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat. 

Menurut beliau, Sarawak berjaya meraih rekod kutipan hasil tertinggi dalam sejarah berjumlah RM14.2 bilion pada tahun lalu serta sudah diiktiraf Bank Dunia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi tujuh tahun lebih awal daripada sasaran 2030. 

“Kejayaan ini membuktikan perancangan yang konsisten melalui PCDS 2030 telah menghasilkan pertumbuhan inklusif dan mampan untuk rakyat,” katanya sambil menzahirkan penghargaan kepada seluruh perkhidmatan awam yang menjadi enjin utama memacu pembangunan negeri. 

Antara kejayaan terbaharu ialah pelancaran cip semikonduktor Gallium Nitride (GaN) pertama Sarawak melalui syarikat SMD Semiconductor yang menjadi mercu tanda perubahan Sarawak daripada ekonomi komoditi kepada ekonomi berasaskan inovasi dan pembuatan maju. 

Selain itu, ujar beliau, Sarawak turut memperkukuh kedudukan sebagai peneraju tenaga boleh diperbaharui di rantau ini melalui aspirasi menjadi ‘Battery of ASEAN’ serta membangunkan ekosistem hidrogen sebagai tenaga baharu masa hadapan. 

“Kita kini menjadi tumpuan pemain industri global. Sarawak bukan sekadar pemerhati, tetapi penyumbang utama kepada penyelesaian serantau dan antarabangsa,” jelas beliau lagi.

Abang Johari berkata, kejayaan ini juga tidak terpisah daripada sokongan kukuh syarikat milik kerajaan negeri (SOE) seperti PETROS dan Sarawak Energy Berhad yang meningkatkan keselamatan tenaga, memperluas pelaburan hiliran dan pembangunan industri strategik. 

Dalam masa sama, katanya, Sarawak komited memastikan kemakmuran dikongsi semua lapisan masyarakat melalui pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang memberi penekanan kepada pembangunan luar bandar, ekonomi hijau dan peluang saksama kepada seluruh rakyat. 

Abang Johari turut menyeru seluruh penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan integriti, kepemimpinan serta inovasi agar Sarawak berjaya merealisasikan sasaran menjadi wilayah berpendapatan tinggi, maju dan makmur menjelang 2030.

Related Posts

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

MUKAH – Taktik dua kru kapal berlagak bersahaja di kaki lima sebuah premis memakan diri apabila mereka ditahan bersama dadah jenis syabu di Jalan Pasar Lama di sini, pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah menyambut baik pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI Diesel yang bakal menyaksikan harga diesel bersubsidi diturunkan kepada RM2.10 seliter melalui penggunaan MyKad mulai 1 Julai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun