Makhachev lakar rekod juara dwi-divisyen UFC

ISLAM Makhachev mengukuhkan statusnya sebagai antara atlet paling berpengaruh dalam seni bela diri campuran (MMA) moden apabila menundukkan Jack Della Maddalena di UFC 322 semalam.

Pertarungan itu bagi meraih gelaran welterweight, sekali gus menyertai kelompok eksklusif juara dwi-divisyen UFC.

Pertarungan di Madison Square Garden, New York itu membawa makna besar buat bintang Dagestan berusia 34 tahun yang memasuki gelanggang dengan rentak kemenangan 15 pertarungan UFC dan reputasi sebagai petarung paling konsisten pada dekad ini.

Kemenangan itu melonjakkan rekod kepada 16 pertarungan, menyamai pencapaian sepanjang zaman milik legenda Brazil, Anderson Silva.

Kejayaan itu turut mengangkat rekod profesional Islam kepada 28–1, perjalanan panjang yang menyaksikan beliau mengatasi beberapa ikon utama termasuk Charles Oliveira dan Alexander Volkanovski ketika kedua-duanya berada pada kemuncak prestasi.

Dengan kejayaan ini, Islam kini menjadi petarung ke-11 yang berjaya meraih gelaran dalam dua divisyen berbeza sepanjang sejarah UFC, sekali gus menyertai senarai legenda seperti Randy Couture, BJ Penn, Conor McGregor, Daniel Cormier, Amanda Nunes, Henry Cejudo, Georges St-Pierre, Alex Pereira dan Jon Jones.

Related Posts

RM7.05 juta diperuntuk naik taraf kemudahan sukan Stadium Negeri Sarawak

Oleh: Eveline B. & Nana Mohamad KUCHING – Stadium Negeri Sarawak bakal dinaik taraf menerusi peruntukan sebanyak RM7.05 juta bagi memastikan kemudahan sukan itu berada pada tahap selamat, moden dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak negara apabila membelasah Kelantan The Real Warriors (TRW) 14-1 pada aksi terakhir Liga Super 2025/2026 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu