Menara Jam Atkinson kini berwajah baharu lebih kondusif, menarik untuk dilawati

KOTA KINABALU – Menara Jam Atkinson, kini berwajah baharu selepas siapnya Projek Pengindahan Menara Jam Atkinson yang dilaksanakan DBKK dengan sokongan Kementerian Ekonomi melalui Koridor Pembangunan Sabah di bawah Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, Menara Jam Atkinson sebuah ikon warisan yang telah berdiri megah lebih daripada satu abad sebagai saksi perjalanan sejarah dan pembangunan kota tercinta ini.

“Menara Jam Atkinson bukan sekadar struktur fizikal. Ia adalah simbol identiti, keteguhan, dan kesinambungan Kota Kinabalu.

“Dibina pada tahun 1905 bagi memperingati Francis George Atkinson, Pegawai Daerah pertama Jesselton.

“Menara ini telah menyaksikan pelbagai era, daripada zaman peperangan, fasa pemulihan, pembangunan pesat, sehinggalah kepada transformasi bandar raya moden hari ini,” katanya ketika merasmikan Dataran Jam Atkinson di sini, pada Isnin.

Jelasnya, projek tersebut mencerminkan komitmen DBKK dalam memelihara warisan sejarah sambil mempertingkatkan infrastruktur bandar yang moden dan mesra pengunjung.

“Usaha ini mencerminkan komitmen kita untuk memelihara warisan berharga sambil membangunkan prasarana bandar yang lebih moden selesa dan bermanfaat kepada warga kota serta para pelancong,” ujarnya.

Beliau berkata, bagi memastikan kawasan ini lebih kondusif, selamat dan menarik untuk dilawati antara komponen utama yang telah dilaksanakan ialah penaiktarafan landskap, tempat duduk, sistem pencahayaan baharu serta pemasangan kamera CCTV di sepanjang laluan ‘tree-top walkway’.

Selain itu, laluan ‘tree-top walkway’ sepanjang 500 meter yang menghubungkan Menara Jam Atkinson dengan Menara Pemerhati Signal Hill (Signal Hill Observatory Tower) juga dibina dan banyak lagi komponen lain.

Tambahnya, dengan siapnya projek ini DBKK yakin kawasan Menara Jam Atkinson bukan sahaja menjadi mercu tanda warisan yang dipelihara rapi tetapi juga ruang rekreasi dan pelancongan yang lebih menarik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak