Hilangnya doa seorang ibu – Hafiz Suip

KUCHING – Penyanyi kelahiran Sarawak, Hafiz Suip dilanda khabar duka apabila ibunya, Halizawati Salleh, meninggal dunia malam tadi akibat komplikasi penyakit diabetes kronik di sebuah pusat perubatan pada Isnin malam. 

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Hafiz, 35, menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook miliknya pada Isnin.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… Hilangnya doa seorang ibu,” tulisnya.

Allahyarhamah Halizawati, 62, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 9.40 malam selepas beberapa hari menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Difahamkan, jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Kuching, pagi tadi dengan diiringi ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Sebelum ini, arwah yang menghidap diabetes kronik terpaksa menjalani pembedahan memotong kaki kiri ke paras lutut akibat komplikasi penyakit tersebut.

Meskipun menanggung derita kesihatan, Allahyarhamah sempat menghadirkan diri ke Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 1 November lalu, sekali gus menjadi kenangan terakhir bersama anak tersayang.

Dalam momen yang menyentuh hati itu, arwah yang hadir berkerusi roda membuat kejutan dengan menaiki pentas bersama suaminya, Mohd Suip Mohamad.

Air mata peminat menitis apabila Hafiz memeluk ibunya sambil berjanji:

“Saya akan menjadi kaki buat ibu saya.”

Ungkapan itu kini bergema semula, menjadi simbol kasih dan pengorbanan seorang anak yang tidak bertepi.

Difahamkan, Hafiz kini menetap di Kuching bagi menjaga kedua ibu bapanya yang uzur, dan sering berkongsi rasa syukur diberi peluang berbakti kepada mereka.

Rakan selebriti dan peminat membanjiri ruang komen hantaran Hafiz dengan ucapan takziah dan doa agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Semoga Hafiz dan keluarga tabah menghadapi kehilangan insan yang menjadi sumber doa dan kekuatan dalam hidupnya.

Foto: Facebook Hafiz Suip

Related Posts

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

KOTA KINABALU – Kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terus diperkukuhkan di peringkat bahagian, susulan kehadiran pimpinan ketiga-tiga parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melaksanakan reformasi menyeluruh bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja perubatan, selain memperkukuh tahap keselamatan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sabah dan Sarawak. Ahli Parlimen Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR