Hogoh Jelai jadi ‘senjata makan tuan’

KUANTAN – Penganjuran program Perikatan Nasional (PN) Hogoh Jelai kira-kira seminggu lalu diibaratkan seperti ‘senjata makan tuan’.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia bukan sahaja tidak mencapai objektif penganjuran, malah himpunan itu malah menyerlahkan lagi kredibilitinya sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jelai.

“Boleh dikatakan begitulah (program Hogoh Jelai)… ia jadi memakan diri dan dalam masa sama mempromosikan saya sebagai ADUN Jelai.

“Jadi, saya harap rakyat negeri Pahang yang berilmu, yang baca buku, banyak pengetahuan boleh buat analisa dan boleh menilai apa hasrat mereka dan apa masalah mereka,” katanya ketika ditemui selepas Merasmikan Pesta Buku Pahang 2025, hari ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan khabar angin perpecahan dalam PN Pahang kini adalah rentetan kegagalan program itu.

Lebih-lebih lagi dengan pengumuman pertukaran Pengerusi PN Pahang malam tadi, menyaksikan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man – yang juga ADUN Cheka dan ketua pembangkang DUN Pahang – menggantikan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Himpunan Hogoh Jelai yang berlangsung pada 19 Oktober lalu di Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands dihadiri kira-kira 3,000 penyokong PN, jauh daripada sasaran asal penganjur iaitu 30,000.

Related Posts

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan