APM Sandakan tangkap buaya 200 kg di Kg Sungai Obar

SANDAKAN – Seekor buaya seberat kira-kira 200 kilogram (kg) dengan panjang sembilan kaki berjaya ditangkap oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan dalam satu operasi di Kampung (Kg) Sungai Obar, Batu 7, awal pagi Selasa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Kapten (PA) Sulaiman Salama berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 1.42 pagi apabila Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan kecemasan berhubung kemunculan seekor buaya di bawah kolong sebuah rumah selepas mengejar seekor anjing.

“Pengadu yang panik melihat reptilia berkenaan semakin menghampiri kawasan rumah penduduk segera menghubungi talian kecemasan Next Generation Emergency Services (NG999) bagi mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota APM digerakkan ke lokasi kejadian dan berjaya menjerut serta menutup mata buaya berkenaan menggunakan tali, penyepit dan selimut keselamatan bagi mengelakkan haiwan tersebut bertindak agresif.

Menurutnya, operasi berkenaan yang diketuai seorang pegawai bersama tujuh anggota tamat sekitar pukul 2.53 pagi selepas hampir 49 minit usaha menangkap reptilia itu dijalankan.

“Tiada kecederaan atau insiden tidak diingini dilaporkan sepanjang operasi dan dua buah jentera kenderaan digunakan bagi tujuan keselamatan dan pengangkutan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terutama di kawasan berhampiran sungai serta segera menghubungi talian NG999 sekiranya terlihat haiwan liar yang boleh mengancam keselamatan penduduk.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi