Perjanjian Perdagangan AS-Malaysia langkah strategik lindungi sektor eksport negara, lonjak keyakinan pelabur

PUTRAJAYA – Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Amerika Syarikat (AS)-Malaysia disifatkan sebagai langkah strategik bukan sahaja melindungi akses pasaran sedia ada, malah memperkukuh daya saing industri negara dalam landskap perdagangan global yang semakin mencabar.

Presiden Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai berkata, perjanjian itu penting kerana ia dapat melindungi sektor eksport kritikal Malaysia, selain memberi ruang kepada industri tempatan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran global.

Menurutnya, kejayaan Malaysia memeterai perjanjian berkenaan mencerminkan kecekapan rundingan serta komitmen tinggi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam memastikan kepentingan nasional tidak terjejas di tengah-tengah tekanan perdagangan global yang semakin kompleks.

“Tanpa perjanjian itu, Malaysia mungkin berdepan risiko dikenakan pelbagai tarif baharu oleh AS, termasuk cadangan tarif 100 peratus terhadap semikonduktor, 50 peratus bagi kabinet dapur dan bilik mandi, serta 30 peratus untuk perabot berlapik.

“Langkah perlindungan melalui perjanjian ini amat penting kerana ia memastikan pengeksport Malaysia tidak terperangkap dalam langkah tarif menyeluruh yang sedang dilaksanakan AS terhadap negara lain,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Dalam pada itu, Thian Lai memaklumkan, pelaksanaan perjanjian berkenaan akan dilakukan secara berperingkat bagi membolehkan industri tempatan menyesuaikan diri.

Beliau berkata, ia akan membabitkan pelarasan tarif, duti eksais, cukai jualan dan perkhidmatan serta standard teknikal dan farmaseutikal dalam tempoh beberapa tahun.

“Pendekatan berfasa itu, jelasnya, membolehkan pengeluar tempatan meningkatkan keupayaan, menambah pelaburan, serta menyelaraskan piawaian bagi memenuhi tuntutan perdagangan antarabangsa yang lebih ketat.

“Ini mencerminkan strategi rundingan Malaysia yang berhati-hati dan berpandangan jauh untuk melindungi industri sambil membuka peluang penyertaan lebih mendalam dalam rantaian bekalan global,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perjanjian itu menyediakan asas kukuh kepada pelabur tempatan dan asing untuk bekerjasama dalam sektor pembuatan bernilai tinggi serta ekonomi digital, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab industri serantau.

“Kejayaan sebenar perjanjian ini bergantung kepada pelaksanaan berkesan di peringkat industri dan kerajaan bagi memastikan manfaatnya diterjemahkan kepada hasil nyata termasuk peningkatan pelaburan, pekerjaan berkemahiran dan pertumbuhan eksport.

“FMM komited bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memastikan terma perjanjian ini benar-benar membawa keuntungan kepada asas industri Malaysia, termasuk perusahaan kecil dan sederhana,” katanya.

Kunjungan Presiden AS, Donald Trump, pada Ahad ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menyaksikan beberapa perjanjian ditandatangani antaranya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dan perjanjian untuk menaik taraf hubungan dua hala ke arah Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP).

Di bawah perjanjian itu, AS mengekalkan kadar tarif 19 peratus terhadap barangan asal Malaysia, namun memberikan pengecualian kepada 1,711 talian tarif eksport meliputi sektor utama seperti minyak sawit, produk getah, koko, komponen pesawat dan farmaseutikal.

Semua pengecualian itu dianggarkan bernilai AS$5.2 bilion (RM21.9 bilion) atau kira-kira 12 peratus daripada jumlah eksport Malaysia ke AS, sekali gus menjamin kesinambungan pasaran dan mengelak gangguan kepada sektor pengeluaran domestik.

Related Posts

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

NILAI – Isu disiplin termasuk kes buli dan penghinaan kaum di sekolah perlu ditangani dengan segera kerana ia mencerminkan kelemahan dalam sistem pendidikan sedia ada. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

PUTRAJAYA- Kadar inflasi Malaysia menyederhana sedikit kepada 1.9 peratus pada Jun 2026 berbanding 2.0 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Jabatan Perangkaan (DOSM) berkata, perkembangan itu menyaksikan mata indeks bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR