Empat pelajar kes rogol dibuang sekolah, duduki SPM di lokasi yang akan ditetapkan

PUTRAJAYA – Empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dalam siasatan pihak polis selepas disyaki merogol pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah dekat Melaka tidak akan menduduki peperiksaan itu di institusi pendidikan yang sama.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, sebaliknya kesemua empat pelajar terbabit akan menduduki SPM di lokasi khas sama ada pusat tahanan mahupun lokasi yang ditetapkan.

Menurutnya, perkara terbabit akan diuruskan oleh pegawai di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Suspek yang terlibat tidak akan mengambil SPM di sekolah (tempat kejadian). Sebaliknya mereka akan berada di tempat yang ditetapkan.

“Sama ada di tempat tahanan atau tempat berasingan dari pusat di sekolah mereka,” katanya pada sidang media khas di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Azam menegaskan, meskipun mereka dibenarkan untuk menduduki peperiksaan itu, namun empat pelajar berusia 17 tahun itu tidak terlepas daripada hukuman.

Beliau berkata, Lembaga Disiplin Tatatertib Sekolah yang bersidang pada Isnin menjatukan hukuman buang sekolah terhadap kesemua suspek yang terlibat.

“Kebenaran untuk suspek menduduki peperiksaan SPM tidak sama sekali bermakna mereka akan terlepas dari hukuman. Ia tidak mengganggu proses undang-undang yang sedang berjalan. Hak mereka sebagai murid dan calon SPM tetap kita akan berikan,” katanya.

“KPM juga memberikan tumpuan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah. Kaunselor, guru bimbingan dan guru kaunseling akan melaksanakan program intervensi psikososial untuk membantu warga sekolah yang terjejas,” katanya.

Selain itu, Azam berkata, meskipun mereka sudah dibuang sekolah, namun pelajar-pelajar terbabit masih boleh memohon untuk menyambung pelajaran mereka berdasarkan keputusan dan prestasi dalam SPM.

“Bila sudah dibuang sekolah, mungkin mereka memohon untuk bersekolah tetapi pastinya mereka tidak akan bersekolah di tempat yang sama. Jadi mereka akan berada di sekolah yang di tempat lain.

“Mereka ini di bawah umur, identiti mereka juga akan kita rahsiakan supaya kita dapat uruskan mereka menduduki peperiksaan dengan baik.

“Kalau misalkan ditempatkan di pusat tahanan, kita memang ada prosedur dalam buku pengurusan pengendalian peperiksaan SPM di lembaga peperiksaan. Kita akan uruskanlah mengikut prosedur yang ada,” katanya.

Tambah beliau, semua pentadbir institusi pendidikan di bawah KPM di seluruh negara diingatkan mengambil tindakan dan meletakkan keperluan meningkatkan pemantauan serta keberkesanan aspek keselamatan di institusi masing-masing.

“Pada masa yang sama, ibu bapa dan masyarakat juga disuruh untuk turut bersama-sama dan bekerjasama untuk memastikan ekosistem yang selamat untuk anak-anak di sekolah dan di luar sekolah,” katanya.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh