Naik taraf jeti pangkalan manifestasi Hajiji majukan Kunak

KUNAK – Harapan masyarakat Kampung Pangkalan Kunak untuk melihat jeti mereka dinaik taraf akhirnya menjadi kenyataan apabila projek berkenaan kini sedang berjalan hasil perhatian Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Permintaan itu dibuat semasa lawatan Hajiji ke Kunak pada Mei lalu sebagai hasrat memberi kemudahan dan keselesaan pada penduduk, nelayan dan peniaga di kawasan terbabit. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Norazlinah Arif berkata, perkembangan projek naik taraf itu merupakan bukti setiap pengumuman yang dibuat Kerajaan Negeri bukanlah janji kosong sebaliknya tindakan nyata.

“Hari ini, janji itu terbukti bukan janji atas angin. Projek naik taraf pekarangan jeti pangkalan kini sedang berjalan.

“Saya tahu, tidak semua akan faham. Ada yang mencaci, ada yang menghina.

“Namun biarlah kerana perjuangan ini bukan untuk kepentingan saya, tetapi untuk anak-anak Kunak, untuk masa depan Kunak,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya, pada Jumaat. 

Norazlinah turut menyeru agar semua pihak bersama-sama mendoakan kelancaran projek berkenaan supaya dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Kunak.

Untuk rekod, RM1.5 juta diperuntukkan Kerajaan Sabah di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi menaik taraf jeti kayu lama yang uzur dan tidak lagi selamat digunakan di Kg Pangkalan. 

Apabila siap, jeti itu dijangka memberi manfaat parkir kenderaan yang lebih selesa, laluan turun dan naik ke bot kecil lebih teratur serta selamat selain tambakan yang dibuat mengelak air pasang menasuki jalan jeti pangkalan.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik